IMBAUAN KETIKA ISA SAMAD BERTANDING DI BAGAN PINANG 11 OKT 2009
Ketika itu Umno Telok Kemang tetap tidak berganjak daripada pendirian
mereka mereka untuk terus menamakan Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil
DUN Bagan Pinang .
Ketua Wanitanya Rohani Yaakob berkata pemimpin atasan Umno
bagaimanapun berhak untuk memilih calon yang sesuai dengan mengambil kira
pandangan bahagian berkenaan.
"Kita sudah ada kata putus. Seluruh bahagian Teluk
Kemang sebulat suara mahu Tan Sri Isa diletakkan sebagai calon," katanya..
"Setakat ini masih dibincangkan lagi (oleh pucuk
pimpinan). Terpulanglah (presiden) hendak letak siapa," katanya lagi.
Umno masih bergelut dengan misteri calon bagi kerusi
tersebut susulan tindakan bahagian itu dan badan perhubungan Negeri Sembilan
yang menyerahkan satu nama sahaja.
Tindakan itu mendorong timbalan presidennya Tan Sri
Muhyiddin Yassin, juga ketua jentera pilihan raya BN, meminta beberapa nama
lagi
Dihubungi hari ini, Rohani bagaimanapun enggan mengulas
peluang BN menang jika bekas menteri besar itu yang terpalit dengan skandal
politik wang dalam Umno.
Isa dilucutkan jawatan naib presiden, dan beliau kemudian
meletakkan jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan, atas kesalahan politik
wang semasa pemilihan parti 2004.
"Itu saya tidak boleh komen banyak, takut nanti timbul
masalah," katanya lagi.
Diminta mengulas mengenai usaha PAS untuk berkempen kepada
kira-kira 4,600 orang pemilih pos di kem-kem tentera dan balai-balai polis di
kawasan pilihan raya itu, Rohani berkata perkara itu sukar untuk dilakukan.
"Sebelum ini memang kita tidak tahu sekiranya mereka
ada masuk dalam kem. Kali ini kalau mereka masuk senyap-senyap pun kita tidak
tahu.
"Kem askar memang susah untuk masuk buat ceramah,"
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment