Popular Posts

Monday 30 September 2013

Maut makan ayam masak merah

RUMAH yang berlangsung majlis perkahwinan antara Haslina dan Mohd. Fauzan di Sungai Petani, Kedah Sabtu lalu.


SUNGAI PETANI - Kegembiraan kira-kira 2,000 tetamu menghadiri satu majlis kenduri kahwin bertukar tragedi apabila tiga daripadanya maut manakala lebih 60 lagi terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas disyaki menjamah juadah ayam masak merah.
Kejadian di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu itu mengorbankan nelayan, Ibrahim Mohamad, 62, penuntut Universiti Islam Antarabangsa, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir, Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11.
Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, Nurshazana maut di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 12.45 tengah hari manakala Mohd. Nor Rahmat pula di Hospital Yan di sini pada pukul 1 petang.
Setakat malam tadi, 59 mangsa termasuk tiga kritikal dirawat di Hospital Yan dekat sini dan HSAH.
Hakcipta terpelihara 

Puan Sri Bibi Sharliza Turut Serta Sokong Tan Sri Isa

Di dalam kesibukan,tidak menghalang Puan Sri Bibi untuk turut serta menyertai suami tersayang,Tan Sri Isa Samad turun ke padang bertemu dengan warga Felda di seluruh negara.Penat lelah walau dirasa namun kepuasan untuk berbakti kepada masyarakat khususnya warga Felda tidak menghalang Puan Sri untuk terus memberi sokongan kepada suaminya. Nyata darah politik yang mengalir tampak gagah untuk sama berjuang demi warga Felda.Puan Sri juga amat prihatin terutamanya program WADA yang membolehkan beliau bertemu dengan wanita di Felda.Hakikat ini juga merupakan kekuatan kepada Tan Sri Isa yang juga turut bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Pengalaman yang beliau miliki selaku bekas ADUN dan Puteri Umno banyak membantu melicinkan pergerakan Tan Sri.Semoga pemilihan ini akan memenangkan Tan Sri Isa Samad nanti.

Ali Rustam, Isa Samad tak kenal putus asa

Dari segi sejarahnya, dua lagi pemimpin yang telah mencalonkan diri mereka untuk bertanding jawatan naib presiden Umno - Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Samad - bukanlah calang-calang orang.

Kedua-duanya merupakan bekas menteri besar dan ketua menteri, dan masing-masing juga pernah memegang jawatan naib presiden sebelum ini.

Dan kedua-dua juga berkongsi pengalaman yang serupa dalam pemilihan parti itu. Selepas memenangi jawatan naib presiden dengan undi kedua terbanyak pada pemilihan 2004, Mohd Ali kemudian mencuba nasib untuk jawatan timbalan dalam pemilihan berikutnya pada 2008.

Bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian selepas Lembaga Disiplin parti mendapati beliau bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, dan sekaligus dilarang bertanding merebut jawatan tersebut.

Begitu juga dengan Mohd Isa. Pada 2004, beliau memenangi jawatan naib presiden dengan undi tertinggi. Namun, kemenangannya dibatalkan selepas Lembaga Disiplin mendapati beliau terbabit dalam politik wang. Beliau juga digantung keahliannya selama tiga tahun dari 2005 hingga 2008.

Namun Mohd Isa tidak putus asa dan sekali lagi menawarkan dirinya untuk bertanding bagi jawatankuasa yang sama pada pemilihan 2008. Beliau memperolehi jumlah pencalonan yang mencukupi tetapi gagal terpilih.

Dan dalam pemilihan bulan depan, kedua-duanya sekali lagi menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden.

Persoalannya sekarang apakah peluang mereka kali ini, apatah lagi dengan penyertaan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk merebut jawatan yang sama.

Setakat ini, enam orang telah mengesahkan untuk bertanding jawatan berkenaan. Selain Isa, Mohd Ali dan Mukhriz, tiga penyandang jawatan - Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal - akan mempertahan jawatan masing-masing.

Pelbagai spekulasi tercetus apabila Mohd Ali diberitakan akan dilantik sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Ada pihak yang menganggap ia satu usaha untuk memujuk beliau supaya mengundur diri daripada bertanding naib presiden.

Namun, sumber-sumber yang rapat dengannya menafikan perkara itu, sambil menegaskan bahawa Mohd Ali tetap akan bertanding naib presiden Umno sekalipun ditawarkan jawatan senator.

Menurutnya, tawaran tersebut tidak ada kena mengena dengan hasrat Mohd Ali untuk jawatan tersebut, tetapi sebaliknya sebagai menghargai jasa beliau mentadbir negeri itu sebelum ini.

baca dan klik seterusnya


Sunday 29 September 2013

Isteri Mat Yo Kurang Ajar? Majikan Pak Guard Saman Siti Aisya. Pertembungan Orang Kaya VS Orang Miskin? Dedikasi Kerja VS Ego Bongkak?

Awal tahun 2013, pernah meletusnya isu Listen, Listen, Listen (DI SINI) & (DI SINI). Masih ingat lagi? Terbaru, Isteri Mat Yo berjaya “menaikkan namanya” di seluruh Malaysia dengan perbuatan & perkataan yang kurang enak untuk didengari “Aku Tak _______, Aku Tak _______ & Pak Cik _______, Pak Cik _______”. Walaubagaimanapun…..
Walaubagaimanapun, isteri Mat Yo Nor Shahrul Idlan Talaha telah pun meminta maaf kepada anda semua sebagai rakyat Malaysia atas kata-kata hinaan dan cacian kepada pak guard (pengawal keselamatan) di Lapangan terbang Subang yang bernama Azman Mohd Nayan yang 22 tahun lebih tua daripada isteri Mat Yo (Siti Aisya Adam).
Terbaru, majikan Pak Guard Azman tetap mahu saman isteri Mat Yo (Siti Aisya Adam) walaupun laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf telah dilakukan.

Akar seakan wajah manusia

MARANG - Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.

Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.

“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.

Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu

Wanita hamil antara tiga maut

Beberapa lelaki melihat keadaan kereta yang merempuh sebuah motosikal yang mengorbankan Mohd. Nor dan Wan Ayuzita (gambar kecil) serta seorang lagi mangsa di Kilometer 23, Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, kelmarin.

DUNGUN 29 Sept. - Impian seorang tukang rumah untuk menatap kelahiran anak keduanya tidak kesampaian selepas isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dan anak sulung mereka maut dalam nahas yang mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 23, Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah di sini, petang semalam.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa terbunuh ialah Wan Ayuzita Wan Jusoh, 23, dan anaknya, Mohd. Amizie Azmi, 18 bulan, dan seorang penunggang motosikal, Mohd. Nor Samat, 57.
Kedua-dua beranak itu menaiki kereta jenis Proton Iswara dipandu suami kepada Wan Ayuzita, Azmi Mohamad, 41. Turut bersama mereka ialah dua anak saudara Azmi yang berusia 11 dan 14 tahun tetapi ketiga-tiga mereka hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub memberitahu, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Azmi terbabas semasa melalui lokasi tersebut lalu melanggar penghadang di sebelah kanan jalan.Katanya, insiden itu menyebabkan keretanya melantun ke kiri dan melanggar motosikal tersebut dari arah bertentangan.

"Berikutan itu penunggang motosikal berkenaan tercampak sejauh 10 meter dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.
"Isteri serta anak Azmi yang berada di tempat duduk di sebelah pemandu pula tersepit dan turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun di sini malam tadi.
Menurut Ahmad Zailani, ketika kejadian, kesemuanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Air Putih, Kemaman selepas berkelah di pantai Seberang Pintasan.
Sementara itu, anak kepada Mohd. Nor, Mohammad Keeri, 19, memberitahu, dia dan bapanya baru pulang dari kebun menuju ke rumah mereka di Felda Kerteh 4 dengan menunggang motosikal berasingan.
"Sampai di satu selekoh saya tengok sebuah kereta hilang kawalan menuju ke arah kami dan kami cuba mengelak tetapi kereta itu terus langgar bapa," katanya.
Jelasnya, dia tergamam melihat kejadian dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu kerana ayahnya yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia sejurus selepas kejadian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130930/je_01/Wanita-hamil-antara-tiga-maut#ixzz2gLUWfLCd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isa bertanding bukan nak kejar jawatan besar-besar



PENGERUSI FELDA Tan Sri Isa Samad kata beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada 19 Oktober nanti dengan tujuan membantu pucuk pimpinan bukan bagi mengejar jawatan yang besar-besar.

Maksud Isa dua tokoh berkenaan terdiri dari Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Isa adalah antara enam calon bersaing bagi jawatan berpristij dan penting ini. Lima lagi terdiri penyandang jawatan iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishamuddin Hussein, DS Shafie Apdal  serta mantan Ketua Menteri Melaka, TS Ali Rustam dan Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir.
Dalam pemilihan UMNO pada 2009, pencalonan Isa sebagai Naib Presiden terbatal  kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO terpalit dalam tuduhan rasuah politik.
Isa mengulangi kenyataan awal bahawa hasratnya bertanding tidak lain semata-mata menawarkan diri membantu pimpinan parti.

“Seperti saya sebut pengalaman saya ada sedikit sebanyak dalam  mengharungi krisis-krisis parti antara 80-an sampailah hujung tahun 90-an.

“Inilah  sedikit sebanyak kita boleh membantu presiden dan timbalan presiden untuk menghadapi pilihanraya umum ke-14, lain saya tak adalah.”

Isa juga membayangkan  berada dalam kelompok orang lama justeru “sekarang orang lama ni ada tempat dirujuk, kalau nak rujuk pada presiden, timbalan presiden . . .mereka sibuk, rujuklah pada saya yang tak kurang sibuk”.

“Jadi inilah penawaran yang saya buat bukan kerana hendak pegang jawatan besar-besar,” kata beliau semasa berucap dalam  program ramah mesra dan bantuan makanan anjuran Yayasan Felda di Gunung Semanggol, dekat Bagan Serai malam Sabtu.

Kira-kira 350 ahli dari peringkat UMNO cawangan, jawatankuasa bahagian Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Larut hadir di majlis itu  termasuk Timbalan Ketua UMNO bahagian Bagan Serai Dato Sham Mat Sahat.
Kepada pertanyaan peluangnya untuk memenangi salah satu dari tiga Naib Presiden, Isa berkata beliau nampak sambutannya baik “alhamdullilah, saya yakin dan percaya perwakilan akan dapat membuat pilihan yang tepatlah bagi jawatan naib presiden dan jawatan-jawatan yang lain.”

Isa juga menjelaskan adalah menjadi amalan UMNO mengabungkan yang lama denga yang baru dalam pengurusan parti, “malah kita lihat dari segi pilihanraya pun kita dapati daripada dahulu sehingga sekarang insyallah akan datang juga, pucuk pimpinan akan mengekalkan kombinasi ini.

Katanya lagi “ini kerana  setiap kumpulan ini ada sedikit sebanyak kelebihan dalam memberi dan menawarkan  pengurusan kepada parti”.

“Jadi saya percaya kombinasi ini mesti kita kekalkan jika tidak ia akan jadi sesuatu yang tidak begitu lengkap kerana itu saya kata dari segi sejarah pun kita dapati setiap kali pilihanraya memang ada kombinasi”.
Isa sependapat bahawa jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan seperti berlaku sekarang. “Saya amat bersetuju kalau jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dilawan berdasarkan pengalaman saya puluhan tahun dalam parti  . . . ia banyak membawa masalah .

“Kalau kita lihat selepas pilihanraya 2008 prestasi kita tidak elok, ada tekanan politik minta Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) berhenti. Alhamdulillah Pak Lah sayangkan parti maka dia berhenti ….kalau Pak Lah bertahan sampai pemilihan seperti 2008 dahulu, saya percaya siapa pemenangpun parti tetap pecah. . . .alhamdulillah Pak Lah sayang parti dia lepas jawatan kepada Najib (DS Najib Razak).

Isa berpendapat beliau membangkitkan kisah silam  ini  sebagai peringatan kepada semua  terutama golongan muda agar tidak mengulangi sejarah seperti ini kerana ia boleh membawa kepada kemusnahan pada parti.-28/9/2013- OLEH YUSOF HARUN

Transformasi Felda sasar pulangan besar buat peneroka


GERIK 28 Sept. - Transformasi Felda melalui penubuhan cabang perniagaan baharu iaitu Felda Investment Corporation (FIC) dilakukan dengan sasaran untuk membawa pulangan besar antara RM1 bilion ke RM2 bilion setahun.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, ketika ini jumlah nilai saham dimiliki Felda tidak kurang RM8 bilion dan aset berkenaan harus diuruskan secara efektif supaya dapat memanfaatkan sejumlah besar peneroka di negara ini.
Tan Sri Isa Samad

"Felda juga akan mula berpindah ke Menara Felda mulai Isnin ini dan selepas itu, kita akan ada tanah di Jalan Semarak seluas lapan hektar yang bakal dirancang sesuatu bagi memberi pulangan kepada Felda.
"Kita rancang supaya kawasan itu menjadi tempat orang Melayu, mungkin anak-anak peneroka boleh duduk di Kuala Lumpur," katanya dalam ucapan pada majlis Transformasi Komuniti Felda Di Hati di Dewan Semai Bakti Felda Lawin Selatan, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering, Datuk Mohd. Tarmizi Idris.
Baru-baru ini, Felda melalui FIC UK Properties membuka secara rasmi Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza iaitu satu aset di London yang dibeli pada 4 September lalu pada harga RM495.88 juta.
Apartmen itu disenaraikan di tempat pertama dalam carian Google dan urusan sewaannya pula dilakukan 75 peratus secara dalam talian.
Dalam pada itu, Mohd. Isa berkata, Felda akan meneruskan penjelasan lebih awal mengenai transformasi kepada peneroka bagi mengelakkan diputar belit pihak pembangkang.
Beliau percaya, transformasi yang ingin diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu mampu berjaya sekiranya masyarakat dapat menerimanya secara terbuka.


Saturday 28 September 2013

majlis ramah mesra anjuran yayasan felda di hotel syuen brsama isa samad


Malam tadi Tan sri isa samad berucap di majlis ramah mesra anjuran yayasan felda di hotel syuen.Pada majlis itu juga di tanya pemberita mengenai lawatannya ke perak katanya sambutan baik dan bagus.Beliau berharap mereka akan terus bagi sokongan,Beri peluang kepada saya untuk jadi salah seorang naib presiden umno malaysia.Jumlah yang hadiri malam tadi hampir 1000 orang.Antaranya Perwakilan gopeng,tapah,ipoh timur,ipoh barat dan pengkalan baru dan bekas adun sungai rapat Dato Hamidah Osman.
Dengan kehadiran perwakilan malam tadi jelas membuktikan mereka memberi sokongan kepada mantan menteri besar negeri sembilan itu untuk menjadi naib presiden umno malaysia.
kalau macam ni aku rasa isa memang boleh menang jadi naib presiden la...........................
go isa,go isa,go isa kau memang world la hex3.................................

Friday 27 September 2013

Kombinasi golongan lama dan muda perlu dikekalkan—Isa Samad





















 

Pengerusi FELDA Berhad Tan Sri Isa Samad berkata kombinasi antara golongan muda dengan  yang lama perlu dikekalkan demi survival parti terutama menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Katanya kombinasi ini adalah formula terbaik kerana ia membolehkan mereka berperanan dalam sector masing-masing berasaskan pengalaman yang ada pada mereka.

isa yang juga calon Naib Presiden UMNO berkata elemen ini bagaimanapun sudah lama menjadi amalan dalam UMNO seperti yang dipraktikan ketika menamakan calon-calon parti dalam pilihanraya umum.

“Memang menjadi amalan kepada UMNO mengabungkan yang lama dengan yang baru dalam pengurusan parti, malah seperti yang kita lihat apa yang berlaku pilihanraya.
Isa berkata amalan kombinasi golongan muda dan lama ini berlaku sepanjang masa malah beliau yakin di masa akan datang pun pucuk pimpinan akan memilih formula yang digunapakai ini.
Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu menjelaskan bahawa kedua-dua sector umur dalam UMNO releven kerana setiap kumpulan ini ada sedikit sebanyak kelebihan dalam membantu dalam pengurusan  parti.
“Jadi saya percaya kombinasi ini mesti kita kekalkan jika tidak ia akan
jadi sesuatu yang tidak begitu lengkap kerana itu saya kata dari segi
sejarah pun kita dapati setiap kali pilihanraya memang ada kombinasi”katanya.

Isa berkata demikian ketika berucap dalam program ramah mesra dan bantuan makanan anjuran Yayasan Felda di Gunung Semanggol malam tadi. Kira-kira 350 orang hadir termasuk ADUN Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Bagan Serai. Majlis itu turut menyaksikan kehadiran ahli-ahli UMNO peringkat cawangan, jawankuasa bahagian Bagan Serai,parit buntar, taiping dan larut.
Ketika ditemui Isa menjelaskan niatnya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata bagi membantu Presiden dan Timbalannya menguruskan parti.
 “Seperti saya sebut bahawa saya pempunyai  pengalaman sedikit sebanyak dalam mengharungi krisis-krisis parti antara 80-an sampailah hujung tahun
90-an.
“Dengan ini  pengalaman yang sedikit ini secara tidak langsung dapat saya  membantu presiden dan timbalan presiden untuk menghadapi pilihanraya umum ke-14 akan datang . . . . lain, saya tak adalah”.
“Sekarang orang lama ni ada tempat dirujuk, kalau nak rujuk pada
presiden, timbalan presiden..dia sibuk, rujuklah pada saya yang tak
kurang sibuk..jadi inilah penawaran yang saya buat bukan kerana hendak
pegang jawatan besar-besar.”
 Mengenai peluangnya bergelar Naib Presiden kali ini,,Isa optimis perwakilan UMNO akan memberikan pertimbangan yang positif.
  “Nampak sambutannya baik alhamdullilah, saya yakin dan percaya perwakilan akan dapat membuat pilihan yang tepatlah bagi jawatan naib presiden dan jawatan -jawatan yang lain”katanya lag

Thursday 26 September 2013

Isteri MatYo Menangis: Tolong Jangan Cemuh Suami Saya

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


Berita Harian

Umno: Isa Samad Tidak Cadang Tubuh Kumpulan Hadapi Saingan Enam Penjuru



MARAN, 22 Sept (Bernama) -- Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak bercadang menubuhkan kumpulan untuk menghadapi pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti bulan depan.
Pengerusi Felda itu berkata biarlah pemilihan mengikut peraturan dan secara kekeluargaan dalam parti dan beliau sedia menerima keputusan perwakilan.

"Saya berpendapat adalah tidak sesuai untuk menubuhkan pasukan dalam pertandingan seperti ini kerana kuasa memilih terletak di tangan perwakilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tranformasi Komuniti FELDA Di Hati dan merasmikan Dewan Semai Bakti Felda di Felda Jengka 21, dekat sini hari ini.Mohd Isa bakal berdepan tiga penyandang iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Dalam pada itu, Mohd Isa berkata sistem pengundian melalui 150,000 perwakilan merupakan tranformasi dilakukan Umno ke arah pemilihan kepimpinan parti lebih terbuka.Beliau berkata jika sistem itu berjaya, tidak mustahil di masa akan datang kesemua anggota Umno diberi peluang untuk memilih kepimpinan parti.

-- BERNAMA

Hishamuddin Bakal Tewas Sebagai Naib Presiden -


Siri Ke 2 Hishamuddin Bakal Tewas Naib Presiden UMNO – Siri Ke 2
 Sekapur Sirih mohon mengungkap….”Jangan kerana ghairah sumpena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat”, itu ungkapan tajam Dato Seri Hishamuddin Hussein yang mengundang seribu persoalan tatkala menjawab soalan pemberita mengenai kemungkinan ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan Naib Presiden UMNO
Benar, Hishamuddin adalah diantara yang paling berkuasa di Malaysia dengan menerajui dua kementerian penting di letakkan dibawah bidang kuasanya menjadikan ia sebagai pemimpin Malaysia yang ketiga paling berkuasa selain sepupunya Najib dan pemimpin senegerinya Muhyiddin. Persoalannya, adakah Hishamuddin Berjaya menggalas amanah yang diberi sehingga 12 perajurit Negara terkorban serta anak-anak kehilangan bapa dan isteri kehilangan suami? Dan adakah beliau dikira bertanggungjawab bila melayu ditertawakan bangsa lain apabila gambar pemimpin Negara dipijak serta Jalur Gemilang dihina oleh rakyat serdiri? Atau adakah beliau mengganggap dirinya sudah bertanggungjawap dengan menjadi menteri yang pulang paling awal hingga ada yang yang menggelarnya ‘sharp five minister’ atau menteri pukul lima apabila tepat jam 5 akan segera meninggalkan Mindef?


Manakala selepas 100 hari memegang dua kementerian, apa pula sumbangannya? Oh ya..ada..iaitu menyerahkan beban bahana AES kepada Zahid setelah tak cukup dengan meninggalkan berguni-guni‘Amaran’ untuk Zahid selesaikan termasuk isu kongsi gelap serta isu perhimpunan haram. Adakah Isa atau Ali tidak layak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO walaupun kedua-duanya pernah menang besar jawatan tersebut pada 2004. Adakah Ali tidak layak dipilih ke jawatan tersebut kerana beliau kalah pilihanraya? Atau adakah Isa tidak layak kerana bukan lagi bergelar menteri walaupun Isa telah banyak berjasa pada UMNO baik diperingkat pusat maupun negeri? Adakah mereka tidak mengukur kemampuannya? Seolah-olah pada pandangan cucu Dato Onn ini , mereka tidak layak bertanding kerana mereka bukan lagi setaraf dengan beliau?


Apakah maksud Hishamuddin bila beliau berkata bila di pilih nanti, mereka lupa tentang amanah yang cukup berat? Seolah olah kenyataan ini memperbudakkan ketokohan mereka yang telah terbukti selama ini manakala tidakkah dapat dilihat kesetiaan mereka dan kemampuan mereka menongkah arus dalam perjuangan



Malah tinjauan rambang oleh penulis sepanjang musim pemilihan ini rata-rata ahli UMNO mahu supaya Hishamuddin hilang bukan sahaja jawatan Naib Presidennya malah ada yang mahu supaya beliau dinyahkan dari arus pentadbiran Negara sebab ia dilihat menambahkan bebanan pada Najib yang sudah mula hilang popularitinya. Justeru, yang bakal mendapat manafaat jika ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah Najib sendiri kerana ahli UMNO sudah muak dengan permainan politik opportunis dan defensive oleh Hishamuddin sendiri. Justeru, UMNO mungkin tampak bersemangat jika tokoh seperti Tan Sri Isa dan Datuk Seri Ali kembali diberi mandat…bersambung…sekapur sirih mohon berehat

Berakhir Sebuah Perjuangan Seorang Pemimpin


CEKAL, tegas, bersemangat dan suka bergurau. Itulah gambaran sifat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada usia 69 tahun akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan jangkitan kuman dalam darah.


Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar dan Undang-Undang dari Universiti of Kent, United Kingdom.
Beliau merupakan bekas Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari tahun 1983 dan 1984 serta 1986 hingga 1995.
Allahyarham mula menyertai Pas pada 1978 di England dan bergiat aktif dia dalam parti itu di negara ini sejak 1986. Beliau pernah menyandang jawatan Naib Presiden Pas (2003-2005), Ketua Penerangan Pas Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama Pas (sejak 1991) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sejak 1993.
Azizan juga adalah Pesuruhjaya Pas Kedah sejak 2000 menggantikan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor. Allahyarham menjadi wakil rakyat Sungai Limau (dahulu dikenali DUN Sala), Kedah sejak 1995 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum lalu.
Allahyarham mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena sambutan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Jun lepas.
Kehadirannya dalam arena politik negara akan setiasa diingati dan dikenang sebagai seorang ahli politik berpengalaman luas dan pemimpin Pas pertama yang pernah menerajui pentadbiran Kedah.


Wednesday 25 September 2013

Tiada masalah bekerjasama - Isa


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, beliau tiada masalah untuk bekerjasama dengan Naib-Naib Presiden UMNO yang lain sama ada terpilih atau tidak pada pemilihan parti Oktober ini.
Kata beliau, komitmennya sudah terbukti dengan berdasarkan rekodnya terdahulu apabila beliau tetap bekerja dan berkhidmat untuk parti walaupun digantung dan tidak memegang sebarang jawatan.
"Keenam-enam calon yang menawar diri (Naib Presiden UMNO) semuanya ada pengalaman dan saya percaya para perwakilan akan membuat penilaian siapa yang akan menguruskan parti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mohd. Isa berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap kerjasama antara beliau dan dua lagi Naib Presiden UMNO sekiranya menang dalam perebutan jawatan ketiga tertinggi parti itu.
Mohd. Isa berkata, semua calon sebenarnya mengenali antara satu sama lain dan hanya perwakilan sahaja yang akan menentukan mana-mana pemimpin untuk membantu pucuk pimpinan mengukuhkan lagi parti.


Tuesday 24 September 2013

AKAR UMBI MENYOKONG ISA SAMAD

Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad kini berjaya mendapat sokongan dari akar umbi di segenap pelusok negara. Perkara ini jelas membuktikan mereka masih memerlukan pemimpin berjiwa rakyat yang mana mudah mesra dan mampu mengggalas tugas besar.
Namun Isa sentiasa dengan sikap beliau yang dahulu,di dalam facebook Tan Sri Isa Samad juga telah mencecah 5,000 orang dan mula beralih kepada Fan Page Tan Sri Isa Samad.
Rata rata mereka yang menyokongnya pada pemilihan dahulu kini mula kembali bersemangat untuk memberi sokongan yang padu.
Isa Samad pula dengan sikap gentlemannya sentiasa bersikap terbuka di dalam pemilihan ini.Walaupun penyandang Naib Presiden telah bersikap sekata,Mukhriz dan Ali Rustam pula nerupakan satu pasukan..
Walau apa pun mereka semua yang bertanding mempunyai rekod masing - masing , samada pewakilan perasan atau tidak, Isa Samad adalah pemimpin lama di dalam parti UMNO.Beliau telah masak dalam semua masaalah dalaman parti.Isa tidak pernah melenting dan juga bergaduh sesama pemimpin, dan beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada parti dan di saat UMNO lemah, Isa Samad juga orangnya yang kembali memberi nafas kepada UMNO.
Sukar untuk dikatakan, tidak ada ayat yang mempu mengurai Isa Samad jika anda tidak mengenalinya secara peribadi baik dari sifat ataupun kemampuan serta ketahanan berpolitik.

Monday 23 September 2013

Lagu UMNO

Felda bina 126 Dewan Semai Bakti


KUALA KRAU 23 Sept. - Sebanyak 126 buah Dewan Semai Bakti dibina di 11 Wilayah Felda sebagai usaha berterusan Felda memberi keselesaan kepada warga tanah rancangan di seluruh negara.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, dengan adanya Dewan Semai Bakti warga Felda mempunyai kemudahan menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, perjumpaan dan sebagainya.
Menurutnya, selain itu, kekerapan aktiviti di Dewan Semai Bakti menjadi salah satu usaha mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga Felda sekali gus dapat mengelak terdedah dengan tohmahan pembangkang.
“Dewan Semai Bakti dibina dalam dua jenis iaitu jenis A yang bernilai lebih RM800,000 dan jenis B bernilai lebih RM600,000 sebagai dewan serba guna penduduk menjalankan aktiviti sosial, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.
“Ini usaha berterusan Felda untuk memberi keselesaan dan kemajuan kepada warga Felda yang menjadi penyokong kuat kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Transformasi Komuniti Felda Di Hati bersama Pengerusi Felda dan perasmian Dewan Semai Bakti Felda Jengka 21, di sini semalam.
Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Saari Din dan Timbalan Pengerusi JKKR Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar.
Mohd. Isa menambah, hubungan silaturahim antara warga Felda perlu dipererat berikutan pembangkang masih tidak berputus asa memburuk-burukkan Felda dan pemimpin kerajaan.
Menurut beliau, fitnah pembangkang sebelum pilihan raya umum lalu seperti menggembar-gemburkan Felda akan bankrap berikutan penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) ternyata tidak benar.
Tambah beliau, walaupun pembangkang tiada isu besar selepas pilihan raya umum lalu untuk mempengaruhi peneroka namun warga Felda perlu berwaspada dengan dakyah yang disebar pembangkang.

Lima maut dalam letupan bom di barat daya Pakistan

23/09/2013 11:36pm


QUETTA - Letupan bom yang disasarkan kumpulan al-Qaeda terhadap pihak polis telah membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan lima yang lain di kawasan barat daya Pakistan.
Kejadian tersebut berlaku di daerah Pishin, iaitu ibu kota wilayah Baluchistan yang terletak sejauh 40 kilometer (25 batu) dari utara Quetta. Daerah tersebut dikuasai kumpulan pemberontak pemisah dan ektremis Islam.
"Bom tersebut telah diletakkan di bawah van polis dan ia meledak ketika pegawai polis mengadakan rutin pemeriksaan.
"Letupan berkenaan telah mengorbankan lima orang termasuk tiga anggota polis dan dua orang awam," kata Ketua Polis Daerah, Mehboob Rasheed.
Beliau berkata, letupan itu turut mencederakan lima orang termasuk penumpang bas mini di kawasan tersebut. Seorang Pegawai Kanan Pentadbiran Tempatan, Zahid Maqsood telah mengesahkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, pihak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
"Kami menyerang pihak polis di Baluchistan hari ini untuk membalas dendam atas pembunuhan seorang ahli kumpulan ini oleh tentera dalam satu pertempuran baru-baru ini di kawasan barat laut negara ini," kata jurucakap TTP, Shahidullah Shahid kepada AFP melalui telefon dari lokasi yang tidak diketahui.
Baluchistan adalah wilayah yang bersempadan dengan Iran dan Afghanistan yang dipercayai mempunyai rizab minyak dan gas. Namun wilayah itu merupakan salah satu daripada kawasan yang paling tidak stabil di Pakistan dan serangan ke atas polis serta tentera adalah perkara biasa.
Wilayah tersebut juga menjadi tumpuan keganasan yang semakin meningkat terhadap minoriti Syiah Pakistan. Ia juga telah bergolak untuk tempoh masa yang lama akibat warganya yang menginginkan kuasa autonomi dan pemilikan lebih besar daripada hasil minyak serta gas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2fmKQruvq 
Hakcipta terpelihara http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

WANJI MENGHINA SULTAN DI MALAYSIA !!!

ni dia...wanji menghina sultan di malaysia.apa cerita ni ??? wanji ni belajar kat mana ??? kalau tak tahu pasal sultan jangan cerita.pada 17 september yang lalu rakan blogger sebastian phiu mengajukan soalan kepada wanji.anda lihat semua jawapan yang diberikan oleh wanji...ADA LAGI...
 LIHAT GAMBAR DI BAWAH








APA MACAM??? x akan kta nak berdiam je kpada bangsat Negara Ni..........

Gagal Ke Suku Akhir, PAFA Syak Ada Elemen Sabotaj dan Rasuah




Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengesyaki terdapat elemen sabotaj dan rasuah berikutan kegagalan pasukan Perak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia.
Serentak dengan itu, Timbalan Presiden PAFA merangkap pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun mengumumkan penggantungan tugas semua pegawai pasukan, termasuk jurulatih berkuatkuasa selama dua minggu.
Menurut beliau, Jawatankuasa Darurat dan Jawatankuasa Pengurusan pasukan mengesyaki wujud elemen sabotaj dan rasuah, bermula pada empat perlawanan yang lepas di mana kemuncaknya adalah kekalah teruk di tangan Sarawak 6 – 1 di Stadium Kuching.
Beliau berkata, sebuah Jawatankuasa Khas akan diwujudkan dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Saffian dan serta seorang peguam untuk melakukan siasatan terhadap isu ini untuk tempoh dua minggu.
“Kami memandang serius perkara ini, dan jika mendapati ada pegawai dan juga pemain yang bersalah, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sekeras mungkin," katanya pada sidang media di Pejabat PAFA di Ipoh hari ini.
Beliau memberitahu, laporan polis terhadap isu ini sudah dibuat di Balai Polis Sungai Senam tengahari tadi, diikuti laporan kepada SPRM.
“Tindakkan ini diambil dengan persetujuan Setiausaha Agong FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin serta tiga kelab penyokong kuat skuad bola sepak Perak yang berdaftar,” ujarnya.
Berhubung  pergantungan pegawai pasukan, Azwan berkata, pihaknya telah melantik Marshall Sopper dan Sayudin Mat Isa sebagai jurulatih dan pembantu jurulatih sementara pasukan.
“Para pemain perlu melaporkan diri 25 September ini kepada Marshall dan Sayudin untuk menjalani latihan seperti biasa kerana mereka masih tertakluk kepada baki kontrak,”