Popular Posts

Monday 23 September 2013

Lima maut dalam letupan bom di barat daya Pakistan

23/09/2013 11:36pm


QUETTA - Letupan bom yang disasarkan kumpulan al-Qaeda terhadap pihak polis telah membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan lima yang lain di kawasan barat daya Pakistan.
Kejadian tersebut berlaku di daerah Pishin, iaitu ibu kota wilayah Baluchistan yang terletak sejauh 40 kilometer (25 batu) dari utara Quetta. Daerah tersebut dikuasai kumpulan pemberontak pemisah dan ektremis Islam.
"Bom tersebut telah diletakkan di bawah van polis dan ia meledak ketika pegawai polis mengadakan rutin pemeriksaan.
"Letupan berkenaan telah mengorbankan lima orang termasuk tiga anggota polis dan dua orang awam," kata Ketua Polis Daerah, Mehboob Rasheed.
Beliau berkata, letupan itu turut mencederakan lima orang termasuk penumpang bas mini di kawasan tersebut. Seorang Pegawai Kanan Pentadbiran Tempatan, Zahid Maqsood telah mengesahkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, pihak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
"Kami menyerang pihak polis di Baluchistan hari ini untuk membalas dendam atas pembunuhan seorang ahli kumpulan ini oleh tentera dalam satu pertempuran baru-baru ini di kawasan barat laut negara ini," kata jurucakap TTP, Shahidullah Shahid kepada AFP melalui telefon dari lokasi yang tidak diketahui.
Baluchistan adalah wilayah yang bersempadan dengan Iran dan Afghanistan yang dipercayai mempunyai rizab minyak dan gas. Namun wilayah itu merupakan salah satu daripada kawasan yang paling tidak stabil di Pakistan dan serangan ke atas polis serta tentera adalah perkara biasa.
Wilayah tersebut juga menjadi tumpuan keganasan yang semakin meningkat terhadap minoriti Syiah Pakistan. Ia juga telah bergolak untuk tempoh masa yang lama akibat warganya yang menginginkan kuasa autonomi dan pemilikan lebih besar daripada hasil minyak serta gas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2fmKQruvq 
Hakcipta terpelihara http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

No comments:

Post a Comment