Popular Posts

Thursday 19 September 2013

ISA SAMAD MENAIKKAN MARUAH UMNO

Ketika pilihanraya kecil Bagan Pinang, beliau merupakan calon popular di kawasan Bagan Pinang, di kala waktu ini UMNO seakan tenat dengan keputusan pilihanraya 2008, namun Isa Samad yang merupakan pemimpin lama UMNO sahut seruan untuk bertanding untuk mewakili Barisan Nasional.Walau beliau ditimpa dengan pelbagai masalah dan isu, Isa tidak pernah berundur dari pentas UMNO, sebaliknya mendokong parti ini dan sentiasa setia pada parti.
Diraikan ketika kemenangan yang menempa sejarah di kala kejatuhan sokongn kepada UMNO

Isa Samad telah menang dengan majoriti 5435 undi menewaskan calon Pas dan ini menunjukkan bahawa Isa sebenarnya menaikkan kembali rating UMNO dan Barisan Nasional walau ketika beliau dipalit dengan pelbagai kontroversi.

Beliau antara 4 pemimpin UMNO yang kekal lama dan setia. Orang boleh berkata apa saja. tetapi sesiapa yang telah mengenali beliau pasti teruja dengan sikap beliau. Tidak menyombong diri serta angkuh, dan yang pasti beliau tidak mahu sebarang pertikaman lidah dengan sesiapa saja pun.

Untuk pemilihan Umno ini, hanya wakil yang menentukan dan jangan lupa, Isa Samad mempunyai akar umbi yang kukuh dan sentiasa dihormati dan disegani.






No comments:

Post a Comment