Popular Posts

Saturday 14 September 2013

Felda bina kuarters baharu guna IBS


KUALA KRAU - Felda akan menggantikan kuarters kakitangan sedia ada di tanah-tanah rancangan di seluruh negara dengan projek Perumahan Baharu Kakitangan Felda (PBKF).
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, PBKF adalah inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membawa satu lagi transformasi kepada Felda dan manifestasi penghargaan kerajaan kepada para petugas agensi ini.
Katanya, Perdana Menteri juga telah mengarahkan projek PBKF ini disegerakan bagi diseimbangkan dengan kemajuan rumah peneroka yang kebanyakannya sudah bertaraf banglo.
''Sejak dilaksanakan pada Oktober 2011, bilangan rumah kakitangan yang telah disiapkan sehingga akhir tahun adalah 781 unit.
''Rumah kakitangan di 69 tanah rancangan masih dalam pembinaan manakala 167 belum dibina dan sedang menunggu giliran.
''Mulai tahun ini, kita menggunakan kaedah Sistem Binaan Industri (IBS) supaya projek tersebut disiapkan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun memandangkan kuarters sedia ada kebanyakannya dibina pada sekitar tahun 70-an," katanya kepada pemberita selepas melancarkan PBKF di Felda Jengka 15 di sini hari ini.
Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail; Pengarah Besar Felda, Datuk Faizouill Ahmad dan Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar.
Tambah beliau, dengan penggunaan kaedah IBS, hanya 45 hari diperlukan bagi menyiapkan sebuah rumah berbanding secara konvensional yang memakan masa lebih 100 hari.
''Pembinaan rumah petugas Felda ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu C1 bernilai RM144,400 untuk pengurus, D1 (RM120,500 - penolong pengurus) dan E1 (RM113,700 - kakitangan sokongan)," katanya.
Jelasnya, rumah yang selesa ini sebagai penghargaan kepada petugas Felda yang komited melaksanakan dasar negara yang ditunjangi kerajaan Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment