Popular Posts

Wednesday 11 September 2013

Sambutan menggalakkan untuk Tan Sri Isa Samad di Felda Kerteh

Lebih 2,000 warga Felda telah menghadiri majlis sambutan Merdeka Raya dan ramah mesra warga Felda yang diadakan di Felda Kerteh 2 pada 10 September 2013. Majlis tersebut diadakan di Pusat Latihan Kerteh Felda Wilayah Terengganu bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.
Tan Sri Isa Samad ketika sidang media

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad di dalam ucaptamanya telah menyeru masyarakat Felda supaya bersatu dan tidak berpecah di antara satu sama lain,beliau juga telah menyentuh mengenai sikap sesetengah pihak yang ingin menukar jalur gemilang di negara ini.disamping itu juga,sikap tidak berpatriotik sesetengah masyarakat negara ini yang bersikap dingin untuk mengibarkan jalur gemilang.
Antara rumah di Felda Kerteh yang memasang jalur gemilang


Di dalam majlis yang sama,beliau juga telah menyampaikan cenderahati kepada bakal haji 2013.Tan Sri Isa Samad juga memberi komen apabila ditanya oleh wartawan tentang politik mengenai pemilihan jawatan Naib Presiden Umno,Tan Sri berkata bahawa perwakilan kini sudah mula matang dan meraka berhak memilih sesiapa sahaja yang meraka inginkan tanpa ada sekatan.
Jelas beliau lagi semua calon-calon yang bertanding telah dikenali ramai dan perwakilan berhak memilih sesiapa saja yang mereka rasa layak menjawat jawatan.

No comments:

Post a Comment