Popular Posts

Friday 20 September 2013

Pemilihan UMNO: Isa Samad tunggu petunjuk...


Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan Umno Oktober ini.
Katanya beliau tidak selesa bercakap mengenai politik pada masa ini dan akan membuat pengumuman mengenainya selepas hari raya nanti.
"Saya masih memikirkannya kerana lebih memberi tumpuan kepada bulan Ramadan. Saya kejar 10 malam terakhir dan setakat ini belum dapat petunjuk untuk membuat keputusan," katanya.
Isa yang merupakan Pengerusi Felda berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya oleh anak syarikat Felda Global Ventures (FGV) Rabu.
Beberapa portal dan blog semalam melaporkan bahawa Isa berminat menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan Umno.
Seorang pembantu Isa ketika dihubungi berkata laporan portal dan blog itu adalah kenyataan tidak rasmi dan hanya dipetik melalui perbualan.
Pada majlis itu, Isa menyampaikan bantuan daripada 25 anak syarikat FGV kepada 418 penerima terdiri anak-anak yatim, ibu tunggal, dan fakir miskin dari Lembah Klang.
Selain itu, sumbangan berupa wang tunai, barangan keluaran Delima Oil Products Sdn Bhd dan kuih raya juga akan diagihkan kepada lebih 2,000 penerima yang layak di seluruh negara.-31/7/2013

No comments:

Post a Comment