Popular Posts

Thursday 26 September 2013

Hishamuddin Bakal Tewas Sebagai Naib Presiden -


Siri Ke 2 Hishamuddin Bakal Tewas Naib Presiden UMNO – Siri Ke 2
 Sekapur Sirih mohon mengungkap….”Jangan kerana ghairah sumpena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat”, itu ungkapan tajam Dato Seri Hishamuddin Hussein yang mengundang seribu persoalan tatkala menjawab soalan pemberita mengenai kemungkinan ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan Naib Presiden UMNO
Benar, Hishamuddin adalah diantara yang paling berkuasa di Malaysia dengan menerajui dua kementerian penting di letakkan dibawah bidang kuasanya menjadikan ia sebagai pemimpin Malaysia yang ketiga paling berkuasa selain sepupunya Najib dan pemimpin senegerinya Muhyiddin. Persoalannya, adakah Hishamuddin Berjaya menggalas amanah yang diberi sehingga 12 perajurit Negara terkorban serta anak-anak kehilangan bapa dan isteri kehilangan suami? Dan adakah beliau dikira bertanggungjawab bila melayu ditertawakan bangsa lain apabila gambar pemimpin Negara dipijak serta Jalur Gemilang dihina oleh rakyat serdiri? Atau adakah beliau mengganggap dirinya sudah bertanggungjawap dengan menjadi menteri yang pulang paling awal hingga ada yang yang menggelarnya ‘sharp five minister’ atau menteri pukul lima apabila tepat jam 5 akan segera meninggalkan Mindef?


Manakala selepas 100 hari memegang dua kementerian, apa pula sumbangannya? Oh ya..ada..iaitu menyerahkan beban bahana AES kepada Zahid setelah tak cukup dengan meninggalkan berguni-guni‘Amaran’ untuk Zahid selesaikan termasuk isu kongsi gelap serta isu perhimpunan haram. Adakah Isa atau Ali tidak layak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO walaupun kedua-duanya pernah menang besar jawatan tersebut pada 2004. Adakah Ali tidak layak dipilih ke jawatan tersebut kerana beliau kalah pilihanraya? Atau adakah Isa tidak layak kerana bukan lagi bergelar menteri walaupun Isa telah banyak berjasa pada UMNO baik diperingkat pusat maupun negeri? Adakah mereka tidak mengukur kemampuannya? Seolah-olah pada pandangan cucu Dato Onn ini , mereka tidak layak bertanding kerana mereka bukan lagi setaraf dengan beliau?


Apakah maksud Hishamuddin bila beliau berkata bila di pilih nanti, mereka lupa tentang amanah yang cukup berat? Seolah olah kenyataan ini memperbudakkan ketokohan mereka yang telah terbukti selama ini manakala tidakkah dapat dilihat kesetiaan mereka dan kemampuan mereka menongkah arus dalam perjuangan



Malah tinjauan rambang oleh penulis sepanjang musim pemilihan ini rata-rata ahli UMNO mahu supaya Hishamuddin hilang bukan sahaja jawatan Naib Presidennya malah ada yang mahu supaya beliau dinyahkan dari arus pentadbiran Negara sebab ia dilihat menambahkan bebanan pada Najib yang sudah mula hilang popularitinya. Justeru, yang bakal mendapat manafaat jika ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah Najib sendiri kerana ahli UMNO sudah muak dengan permainan politik opportunis dan defensive oleh Hishamuddin sendiri. Justeru, UMNO mungkin tampak bersemangat jika tokoh seperti Tan Sri Isa dan Datuk Seri Ali kembali diberi mandat…bersambung…sekapur sirih mohon berehat

No comments:

Post a Comment