Popular Posts

Thursday 12 September 2013

TAN SRI ISA SAMAD PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


DATO SERI UTAMA TAN SRI MOHAMAD ISA ABDUL SAMAD

SENTIASA BERSAMA RAKYAT......

Beliau yang telah lama berkecimpung di dalam bidang politik sejak tahun 1970an. Beliau adalah seorang yang begitu prihatin dan peka terhadap perkembangan pendidikan anak-anak berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang guru pada tahun 1960 an. Perwatakan beliau yang mudah mesra dan tenang adalah di antara kelebihan yang ada pada diri beliau yang disenangi oleh semua golongan masyarakat.

Selama beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, belaiu telah berjaya membangunkan Negeri Sembilan dengan begitu dinamik termasuklah membawa pelabur asing masuk demi pembangunan Negeri Sembilan. Banyak membantu rakyat miskin tidak mengira agama dan bangsa. Membaik pulih sekolah-sekolah dan jalanraya di kampung-kampung dan felda.

Kecemerlangannya memang tidak dapat dinafikan bukan sahaja di dalam pembangunan insfrastruktur tetapi pembinaan modal insan di kalangan muda mudi di Negeri Sembilan juga menjadi keutammannya.

Walaupun di dalam jangkamasa yang singkat apabila beliau telah diberi kepercayaan untuk mendokong jawatan sebagai Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan, beliau telah meluluskan pelan struktur Kuala Lumpur dengan visi menjadikan Kuala Lumpur World Class City. Dalam pentadbiran beliau, beliau mengamalkan pentadbiran mesra rakyat. Banyak membantu dan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya bumiputera agar berdaya saing mengejar kemajuan. Beliau juga banyak memantau dan meneruskan projek-projek yang terbengkalai.

Beliau sentiasa memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat yang memerlukan pembelaan. ini adalah di antara bidang kerjaya yang veliau usahakan setiap masa.

BIODATA

PROFIL
Nama: Dato Seri Utama Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad
Jawatan: Ketua UMNO bahagian Teluk Kemang
Tempat Lahir- Sungai Udang Melaka
Tarik: 14 November 1949
Isteri: Puan Sri Hazizah Tumin ( meninggal dunia pada 7 Disember 2005)
Anak: 4 ( Mohamad Najib,Megawati,Lelawati dan Juhaida)

PENDIDIKAN
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan
( 1968)

PENGALAMAN KERJA
Guru sekolah Datuk Abdul Razak Seremban (1969)
Ahli majlis menyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) (1978-1982)
Menteri Besar Negeri Sembilan (1982-2004)
Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2005)

PENGALAMAN POLITIK

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan (1978)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO (hingga 2000)
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan (hingga 2004)
Naib Presiden UMNO (2004)

PILIHAN RAYA

Mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi ( 1978-1999) dan Parlimen Jempol (2004)

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Dato Seri Utama Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, berkata inilah KALI PERTAMA beliau bertanding di kampung halamanya sendiri

                                 
                                  UNDILAH ANAK TEMPATAN YANG DAPAT
                                  MEMBANTU ANDA BILA DI PERLUKAN!!!

No comments:

Post a Comment