Popular Posts

Sunday 29 September 2013

Transformasi Felda sasar pulangan besar buat peneroka


GERIK 28 Sept. - Transformasi Felda melalui penubuhan cabang perniagaan baharu iaitu Felda Investment Corporation (FIC) dilakukan dengan sasaran untuk membawa pulangan besar antara RM1 bilion ke RM2 bilion setahun.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, ketika ini jumlah nilai saham dimiliki Felda tidak kurang RM8 bilion dan aset berkenaan harus diuruskan secara efektif supaya dapat memanfaatkan sejumlah besar peneroka di negara ini.
Tan Sri Isa Samad

"Felda juga akan mula berpindah ke Menara Felda mulai Isnin ini dan selepas itu, kita akan ada tanah di Jalan Semarak seluas lapan hektar yang bakal dirancang sesuatu bagi memberi pulangan kepada Felda.
"Kita rancang supaya kawasan itu menjadi tempat orang Melayu, mungkin anak-anak peneroka boleh duduk di Kuala Lumpur," katanya dalam ucapan pada majlis Transformasi Komuniti Felda Di Hati di Dewan Semai Bakti Felda Lawin Selatan, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering, Datuk Mohd. Tarmizi Idris.
Baru-baru ini, Felda melalui FIC UK Properties membuka secara rasmi Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza iaitu satu aset di London yang dibeli pada 4 September lalu pada harga RM495.88 juta.
Apartmen itu disenaraikan di tempat pertama dalam carian Google dan urusan sewaannya pula dilakukan 75 peratus secara dalam talian.
Dalam pada itu, Mohd. Isa berkata, Felda akan meneruskan penjelasan lebih awal mengenai transformasi kepada peneroka bagi mengelakkan diputar belit pihak pembangkang.
Beliau percaya, transformasi yang ingin diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu mampu berjaya sekiranya masyarakat dapat menerimanya secara terbuka.


No comments:

Post a Comment