Popular Posts

Monday 16 September 2013

Isa Samad Sahkan Bertanding Naib Presiden Umno


KUALA LUMPUR 20 Ogos -  Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini mengumumkan akan bersaing bagi merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut diharap mendapat sokongan di kalangan ahli bagi memantapkan kekuatan parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Apa yang saya miliki terutamanya dari segi pengalaman dan kebolehan dapat membantu mengurus parti untuk menghadapi PRU-14.

"Sebagai orang lama, memang saya ada sedikit sebanyak pengalaman. Kalau boleh saya bantu pucuk pimpinan parti apabila berada di mainstream ini amat penting kerana semua berhasrat mengukuhkan parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan krim mandian Purich, keluaran Delima Oil Products Sdn Bhd iaitu anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FVGH) di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda di sini Selasa.

Beliau juga menegaskan tidak gentar mencabar penyandang jawatan tersebut kerana masing-masing menpunyai kelebihan sendiri.

Katanya, pengalamannya sepanjang bergiat aktif dalam Umno satu ketika dahulu menjadi kekuatan dan semangat buatnya untuk bersaing secara lebih sihat.

Isa pernah memenangi jawatan itu bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

No comments:

Post a Comment