Popular Posts

Wednesday 11 September 2013

HAYATI JIWA MERDEKA-ISA SAMAD

Hari ini Tan Sri Isa Samad telah berkunjung di Felda Selasih, Jertih Terengganu bersama Pengurus Besar Felda, Datuk Faizoul. Tan Sri disambut dengan penuh meriah oleh kumpulan motosikal remaja Felda.
Beliau sampai tepat jam 11 pagi dan terus ke Dataran Felda Selasih. Kira kira 500 warga Felda dan orang ramai telah sedia menanti Pengerusi Felda ini, dengan disambut oleh persembahan silat serta dikir dari Puteri dan juga persembahan gasing cukup menunjukkan bahawa beliau sememangnya disokong hebat oleh warga Felda.
Tan Sri Isa Samad disambut oleh warga Felda sewaktu tiba di Felda Selasih

Gimik Merdeka Raya Felda Selasih, Isa Samad melepaskan burung merpati.

Selepas itu Datuk Faizoul di dalam ucapannya menyatakan bahawa warga Felda Selasih harus berbangga kerana Felda Selasih adalah merupakan satu satunya pilihan destinasi pelancongan dari Tourism Malaysia disebabkan adanya homestay, persembahan dikir barat serta permainan gasing yang mempopularkan kawasan tersebut.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pula menyatakan bahawa kemerdekaan negara adalah sinonim dengan Felda dan berharap agar warga Felda terus memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau juga bersyukur kerana sokongan yang besar dari warga Felda di seluruh negara menunjukkan juga generasi muda yang terus bersama kerajaan.

'Jiwa kemerdekaan harus kita hayati dan selami maksud kemerdekaan itu.' katanya di Dataran Felda Selasih






No comments:

Post a Comment