Popular Posts

Wednesday, 2 October 2013

Tiada masalah bekerjasama - Isa




Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, beliau tiada masalah untuk bekerjasama dengan Naib-Naib Presiden UMNO yang lain sama ada terpilih atau tidak pada pemilihan parti Oktober ini.
Kata beliau, komitmennya sudah terbukti dengan berdasarkan rekodnya terdahulu apabila beliau tetap bekerja dan berkhidmat untuk parti walaupun digantung dan tidak memegang sebarang jawatan.
"Keenam-enam calon yang menawar diri (Naib Presiden UMNO) semuanya ada pengalaman dan saya percaya para perwakilan akan membuat penilaian siapa yang akan menguruskan parti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mohd. Isa berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap kerjasama antara beliau dan dua lagi Naib Presiden UMNO sekiranya menang dalam perebutan jawatan ketiga tertinggi parti itu.
Mohd. Isa berkata, semua calon sebenarnya mengenali antara satu sama lain dan hanya perwakilan sahaja yang akan menentukan mana-mana pemimpin untuk membantu pucuk pimpinan mengukuhkan lagi parti.


Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Politik/20130925/po_10/Tiada-masalah-bekerjasama---Isa#ixzz2gdBjh0KN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

NO 04 UNTUK TAN SRI ISA SAMAD


Rumah mampu milik Felda di KL

Mohd. Isa Abdul Samad menyampaikan sumbangan Yayasan Kasih Felda kepada salah seorang penerima dalam program Jelajah Komuniti 2013 di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, semalam.
HULU SELANGOR 29 Sept. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merancang untuk membangunkan tanah seluas 8.09 hektar milik agensi itu di Jalan Semarak termasuk membina sekurang-kurangnya 3,000 unit rumah mampu milik untuk dimiliki oleh generasi kedua Felda dan orang Melayu yang tinggal di Kuala Lumpur.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sebanyak 1,500 unit rumah itu akan dikhususkan kepada anak-anak generasi baharu Felda di Kuala Lumpur manakala sebahagian lagi akan diperuntukkan kepada orang Melayu yang bermastautin di kawasan Lembah Klang.
Menurut beliau, projek melibatkan pembinaan 3,000 unit rumah dan pusat perniagaan komersial itu akan dibangunkan di lokasi yang sebelum ini menempatkan operasi ibu pejabat Felda di Jalan Semarak dan kini berpindah ke Menara Felda di Jalan Stonor, Kuala Lumpur.
"Sebahagian operasi ibu pejabat Felda di Jalan Semarak telah pun berpindah secara berperingkat-peringkat dan kita sudah buat beberapa cadangan untuk membangunkan sebahagian kawasan yang difikirkan tidak diguna lagi itu untuk bina rumah mampu milik bagi membolehkan anak-anak peneroka Felda dan orang Melayu tinggal di bandar raya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup program Jelajah Komuniti 2013 anjuran Felda dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Dewan Serbaguna Felda Sungai Tengi, di sini hari ini.
Hadir sama ialah isteri Mohd. Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Datuk Razali Shahabudin; Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Abd. Ghani Mohd. Ali; Setiausaha MAIS, Datuk Mohd. Misri Idris dan Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar.
Mengulas lanjut, Mohd. Isa berkata, projek yang mendapat 'restu' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dibangunkan mengikut konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) selewat-lewatnya awal tahun depan.
Ditanya sama ada rumah mampu milik itu akan diperluaskan ke bandar-bandar lain dan hanya untuk orang Melayu, beliau berkata; "Bergantung pada tanahlah. Setakat ini, kita hanya beri tumpuan projek rumah itu di tanah milik Felda sahaja, tetapi kita boleh pertimbangkan. Bukan sahaja mereka yang berkahwin dengan orang Felda, jadi menantu orang Felda pun layak memohon. Selain itu, anak-anak peneroka Felda bukan Melayu pun layak memiliki rumah ini.
Katanya, projek perumahan dikendalikan Felda Investment Corporation (FIC) itu juga sebagai tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) bagi membolehkan lebih ramai orang Melayu memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar raya.
Sementara itu, Mohd. Isa menasihati warga Felda supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan kumpulan 'serpihan' dalam kalangan mereka yang berpihak kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan serta menggagalkan pembangunan Felda.
Mengenai penularan Syiah di kawasan Felda pula, beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau pergerakan itu dengan kerjasama Jakim serta MAIS dan buat masa ini pengaruh fahaman itu di kawasan Felda masih belum dapat dikesan.
"Kita sentiasa pantau kerana Felda merupakan perkampungan berkelompok dan dikhuatiri penularan Syiah boleh merebak dengan cepat jika tidak dikawal. Program seumpama yang diadakan dengan kerjasama Jakim dan MAIS diyakini dapat memberi penerangan tentang bahaya fahaman Syiah dalam kalangan warga Felda," katanya.
Terdahulu, Mohd. Isa menyampaikan sumbangan Yayasan Felda kepada enam penerima Skim Bantuan Kasih Felda dan Gema Bakti.
Skim Bantuan Kasih Felda merupakan sumbangan untuk membaiki rumah berjumlah RM5,000 manakala Gema Bakti pula membekalkan set pembesar suara mudah alih untuk kegunaan komuniti Felda di kawasan masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130930/dn_09/Rumah-mampu-milik-Felda-di-KL#ixzz2gZBfDGy7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Felda Global ambil alih 100% Pontian United RM1.204 bilion





KUALA LUMPUR 1 Okt. - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah berjaya memperoleh persetujuan mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam Pontian United Plantations Bhd sebagai sebahagian daripada rancangan memperluaskan simpanan perladangannya.
Jumlah tunai terlibat untuk pengambilalihan itu ialah RM1.204 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Emir Mavani Abdullah berkata pengambilalihan itu akan meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) syarikat sebanyak 80,000 tan metrik setahun.
"Kumpulan akan mendapat manfaat daripada sinergi yang terhasil daripada operasi kedua-dua ladang Pontian dan FGV di Sabah," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menerusi sekutunya Felda Holdings Bhd, FGV pada masa ini merupakan pengeluar MSM terbesar di dunia, menghasilkan 3.3 juta tan metrik pada 2012.
Kawasan perladangan Pontian telah ditanam sepenuhnya dan berlokasi terutamanya di bahagian Kinabatangan dan Lahad Datu di Sabah.
Kawasan tanahnya juga terletak berdekatan estet Felda Sahabat dan loji penapis FGV Group di Lahad Datu, yang akan menyaksikan sinergi serta meningkatkan kecekapan operasi.
Operasi bersepadu Pontian turut termasuk kilang pemprosesan minyak sawit dan kemudahan menghancurkan isi rung.
Selain daripada itu, ia mempunyai ladangnya sendiri di Kukup, Johor, berlokasi strategik ekoran kedekatannya kepada lingkaran kedua Tuas di antara Johor dan Singapura. Setakat 31 Dis, 2012, Pontian mempunyai imbangan kira-kira yang sihat dengan jumlah tunai RM256 juta serta bebas daripada hutang.
Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata niaga janji itu akan meningkatkan perladangan kumpulan di Malaysia dan menyumbang secara positif kepada pendapatan serta memberi manfaat kepada kumpulan dan semua peneroka Felda.
FGV melancarkan tawaran pengambilalihan bersyarat suka rela untuk semua saham Pontian pada harga RM140 setiap satu pada 18 Julai tahun ini.
Pembelian itu tertakluk kepada syarat ia telah menerima persetujuan lebih daripada 50 peratus saham Pontian.
Harga saham kemudiannya telah diselaraskan kepada RM139.20 sesaham berikutan pembayaran dividen interim Pontian, 80 sen sesaham pada 2 Sept, 2013.
Pada tarikh tutup akhir hari ini, FGV menerima penerimaan sah untuk sejumlah 8,648,280 saham Pontian, mewakili 100 peratus modal terbitan dan berbayar Pontian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131001/ek_17/Felda-Global-ambil-alih-100-Pontian-United-RM1.204-bilion#ixzz2gYsFJKkc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga penjenayah dikehendaki ditembak mati


02/10/2013 2:46pm

GERIK - Tiga lelaki yang dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh dan samun termasuk pembunuhan seorang peniaga kedai nasi kukus di Kampung Cacar, Paka, Dungun 13 Ogos lalu, ditembak mati pada Ops Cantas di Jalan Intan di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu tiga lelaki berusia 25 hingga 34 tahun berkenaan dikatakan menembak ke arah polis selepas kenderaan mereka diarahkan berhenti di hadapan Bangunan Persekutuan di sini.
Katanya, selain pembunuhan peniaga nasi kukus itu, tiga penjenayah berkenaan dipercayai sekurang-kurangnya terlibat dalam lima lagi kes samun, curi kereta dan bunuh sejak Januari lalu.
Dua daripada tiga penjenayah terbabit dikenal pasti sebagai Mohd. Baaqir Badrolsham, 25, dan Zailizann Amin Elias, 26, yang masing-masing berasal dari Jeli dan Tanah Merah, Kelantan.
"Suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira telah diarahkan berhenti oleh sepasukan pegawai dari D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
"Penjenayah terbabit enggan berhenti sebaliknya mengundurkan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan. Polis terpaksa membalas tembakan mereka untuk mempertahankan diri.
"Tiga suspek yang salah seorangnya masih belum dikenal pasti identiti mati serta-merta di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di sini hari ini. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2gYpxrWzf 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, 1 October 2013

Isa Samad calon boleh menang

Rakyat Malaysia sebenarnya tahu siapakah winnable candidates di setengah-setengah kawasan. Nama sejumlah tokoh amat terkenal di peringkat nasional dan sangat disayangi di kawasan sendiri.
Antara lain mereka (ambil kira yang lama tetapi  masih berupaya) ialah Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan beberapa lagi. 
Ahli atau pejuang bahasa Melayu mungkin tidak suka dengan istilah winnable candidate. Dalam bahasa Melayu, kita sebut calon boleh menang, dan jika dibuat akronim, jadilah cabonang. Kini, walaupun dikritik ahli bahasa istilah winnable candidate juga yang digunakan.
Ciri-ciri winnable candidate ada beberapa dan jika kesemua atau sebahagian besar daripada ciri-ciri itu ada pada seseorang calon, maka dialah orangnya yang elok dipilih parti. Dalam tulisan ini, saya akan menyatakan ciri yang ada pada Tan Sri Isa Abdul Samad.

Isteri Nafi Aaron Aziz Terlibat Dalam Kemalangan Maut

Isteri kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik, menafikan khabar angin yang mengatakan suaminya terlibat dalam kemalangan maut di Switzerland seperti mana dihebohkan di sebuah laman Facebook dan blog luar negara.
Sebaliknya, Diyana Halik, 30, berkata, Aaron kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 di Cape Town, Afrika Selatan.
"Saya baru terbaca berita ini dan terkejut kerana ia tidak benar sama sekali kerana suami saya kini berada di Cape Town dan bukannya di Switzerland seperti yang dilaporkan.
"Saya sudah bercakap dengan dia dan tiada apa-apa yang berlaku, sekarang dia sedang tidur," katanya.
Diyana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita kemalangan yang dilaporkan sebuah agensi berita antarabangsa, Global Associated News.
Berita tersebut melaporkan bahawa Aaron meninggal dunia selepas terjatuh ketika meluncur papan salji di sebuah resort di Zermatt, Switzerland.
Terdahulu, aktor kelahiran Singapura itu mengalami sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Cape Town bagi menjalani penggambaran program Fear Factor Malaysia 2.