Popular Posts

Sunday 13 October 2013

Keterbukaan pemilihan bukti UMNO tunjang demokrasi - PM



KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasrat menjadikan UMNO sebuah parti yang benar-benar menunjangi demokrasi tercapai melalui proses pemilihan lebih terbuka bagi sayap parti seperti yang berlangsung hari ini.
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO berkata, kejayaan dan kelancaran proses pemilihan yang dijalankan secara lebih terbuka melibatkan hampir suku juta perwakilan dan 33,012 calon itu membuktikan keputusan meminda perlembagaan UMNO pada 2009 adalah tepat dan diterima.
"Malam ini merupakan malam bersejarah untuk UMNO...perjalanan untuk lakukan transformasi pada parti bermula pada Perhimpunan Agung 2009, di mana kita meminda perlembagaan.
"Ini supaya UMNO menjadi sebuah parti bersifat demokrasi terbuka, dan hari ini, Alhamdulillah terbukti bahawa keputusan itu amat tepat dan kena pada masanya," katanya.
Najib bercakap pada sidang media selepas mendengar taklimat perjalanan pemilihan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di peringkat bahagian dan pusat, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/UMNO_2013/20131013/um_02/Keterbukaan-pemilihan-bukti-UMNO-tunjang-demokrasi---PM#ixzz2haS8cbqW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment