Popular Posts

Thursday 10 October 2013

Sistem saringan baik untuk parti


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Calon Naib Presiden, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menghormati sistem saringan yang digunakan oleh pihak jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 pada 19 Oktober nanti.
Menurut beliau, proses saringan yang dijalankan oleh pihak jawatankuasa itu merupakan satu sistem yang baik untuk masa depan parti bagi mengelakkan individu yang dicalonkan mendatangkan masalah.
"Calon yang muflis dan mempunyai masalah disiplin ini berpotensi mengakibatkan parti berada dalam situasi sukar jika mereka menang pada pemilihan nanti.
"Maka, sistem saringan ini diwujudkan bagi mengelakkan perkara berbangkit selepas pemilihan nanti kerana selepas itu, kita hanya perlu fokus kepada parti sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Aura Sukses Wanita, di sini hari ini.
Ketika ditanya berhubung potensi untuk menang dalam pemilihan nanti, Mohd. Isa yang juga Pengerusi Felda menjelaskan, kesemua enam calon tersebut mempunyai peluang sama rata.
"Ini kerana semua calon dikenali oleh akar umbi, jadi terpulang kepada perwakilan dalam memilih yang betul-betul sesuai.
"Kita akan cuba sedaya upaya untuk berjumpa dengan semua perwakilan untuk mendapatkan sokongan daripada mereka," katanya.
Terdahulu, dalam ucaptamanya ketika Majlis Aura Sukses Wanita anjuran Wanita Felda (Wada), Mohd. Isa berkata, wanita di Malaysia paling bertuah kerana kerajaan sering memberi perhatian yang serius demi pembangunan wanita.
"Pada masa kini, ramai wanita yang berjaya dalam bidang profesional terutama perguruan. Kita berharap kaum wanita terus berjaya dan mengambil peluang dalam pelbagai program yang disediakan kerajaan," jelasnya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131011/um_18/Sistem-saringan-baik-untuk--parti#ixzz2hOEV2g8M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment