Popular Posts

Sunday 13 October 2013

Enam ketua pemuda bahagian yang baharu di NS




SEREMBAN  - Sebanyak enam bahagian Pergerakan Pemuda UMNO di negeri ini akan diterajui muka baharu pada pemilihan kali ini.
Bahagian tersebut ialah Seremban, Rasah, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin dan Rembau.
Bahagian Jempol akan menyaksikan sama ada penyandangnya, Mohd. Nizam Aman mampu mempertahankan jawatannya yang dicabar oleh Mohd. Riduan Zakarea.
Hanya Bahagian Telok Kemang sudah mengesahkan ketuanya iaitu Mohd. Najib Mohd. Isa yang menang tanpa bertanding.
Pada pemilihan kali ini, hampir semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian tidak mempertahankan jawatan masing-masing kecuali Mohd. Nizam.
Antaranya ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menang tanpa bertanding Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Di Seremban, pertandingan adalah di antara Azharuddin Shujauddin dan Abdul Samad Abdul Rahman.
Di Rasah, persaingan Ketua Pemuda Bahagian adalah di antara Hassan Yop dan Azim Rozaimin Abdul Aziz manakala naib ketua antara Rafizi Mahamud dan Ismail Abd Kadir.
Persaingan tiga penjuru berlaku di Kuala Pilah antara Khairolnezam Shaari, Muhammad Sufian Maradzi dan Eddin Syazlee Shith bagi jawatan ketua.
Bahagian Jelebu juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru untuk jawatan ketua antara Mohd Aizil Md Derus, Mohd Hazimi Mak Tapin dan Rodhiazly Razali.
Saiful Adly Abd Wahab dan Ridzuan Ahmad bersaing bagi jawatan Ketua Pemuda Bahagian Tampin dan Ardana Md. Nor dan Mohd. Hanafi Mohd. Taib bagi Ketua Pemuda Bahagian Rembau. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131011/um_24/Enam-ketua-pemuda-bahagian-yang-baharu-di-NS#ixzz2haMhEYQf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment