Popular Posts

Wednesday 9 October 2013

Perlu ada pemimpin suara lantang

MOHD. Ali Rustam (kanan) sempat bergurau dengan Mohd. Isa Abdul Samad ketika bertemu dalam majlis memperkenalkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO di Klana Resort, Seremban, semalam.

SEREMBAN 8 Okt. - Dua calon Naib Presiden UMNO hari ini berpendapat parti itu memerlukan pemimpin yang lantang bersuara untuk mempertahankan hak orang Melayu, di samping tidak tewas apabila disergah oleh musuh.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Senator Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, landskap politik hari ini sudah berubah dengan pengundi bukan Melayu lebih terarah kepada pembangkang.
Oleh itu, kata beliau, UMNO perlu mempunyai barisan kepimpinan yang bersedia mempertahankan orang Melayu dalam apa juga keadaan.
Mohd. Ali bercakap kepada Utusan Malaysia selepas sesi memperkenalkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, UMNO hendaklah dibarisi pemimpin yang semangat juangnya tinggi dan setia pada parti.
"Calon yang lemah dan mudah kecewa sekiranya tewas, hanya akan menyukarkan matlamat UMNO untuk melahirkan pejuang yang ingin membela nasib rakyat dan orang Melayu.
"Hanya semangat kesetiaan kepada parti yang boleh melahirkan seorang perjuang dalam kalangan pemimpin UMNO. Seorang perjuang tidak akan mudah mengalah, malah jika tewas, dia akan mencari pembaharuan untuk memantapkan diri," tegas beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131009/um_06/Perlu-ada-pemimpin-suara-lantang#ixzz2hHDfiswV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment