Popular Posts

Wednesday 2 October 2013

Tiada masalah bekerjasama - Isa




Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, beliau tiada masalah untuk bekerjasama dengan Naib-Naib Presiden UMNO yang lain sama ada terpilih atau tidak pada pemilihan parti Oktober ini.
Kata beliau, komitmennya sudah terbukti dengan berdasarkan rekodnya terdahulu apabila beliau tetap bekerja dan berkhidmat untuk parti walaupun digantung dan tidak memegang sebarang jawatan.
"Keenam-enam calon yang menawar diri (Naib Presiden UMNO) semuanya ada pengalaman dan saya percaya para perwakilan akan membuat penilaian siapa yang akan menguruskan parti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mohd. Isa berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap kerjasama antara beliau dan dua lagi Naib Presiden UMNO sekiranya menang dalam perebutan jawatan ketiga tertinggi parti itu.
Mohd. Isa berkata, semua calon sebenarnya mengenali antara satu sama lain dan hanya perwakilan sahaja yang akan menentukan mana-mana pemimpin untuk membantu pucuk pimpinan mengukuhkan lagi parti.


Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Politik/20130925/po_10/Tiada-masalah-bekerjasama---Isa#ixzz2gdBjh0KN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment