Popular Posts

Sunday 6 October 2013

Wujud kekangan tetapi tidak sempat diubah






JOHOR BAHRU 6 Okt. - Pelbagai peraturan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pemilihan UMNO diakui menyebabkan wujudnya kekangan kepada calon yang bertanding, kata Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Mohd. Isa yang merupakan calon bagi jawatan Naib Presiden UMNO bagaimanapun, menyifatkan usaha untuk mengubah peraturan dibuat sudah terlewat memandangkan tempoh pemilihan yang sudah semakin hampir.
Beliau berpendapat, perkara seumpama itu sepatutnya timbul sebelum pemilihan tetapi sekarang ia dibangkitkan dalam tempoh proses memilih calon sedang berjalan sekali gus dikhuatiri tidak mampu membawa perubahan.
Namun, katanya, keputusan itu terpulang kepada jawatankuasa Majlis Tertinggi UMNO untuk melaksanakan perubahan tersebut.
"Saya melihat ini dah terlewat, pemilihan tinggal beberapa hari lagi. Sepatutnya ditimbulkan sebelum pemilihan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Dana Warisan Rumpun Melayu, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor (PWMNJ), Datuk Abd. Rahman Yunos.
Justeru, Mohd. Isa yang berharap pucuk pimpinan parti serta mereka yang terlibat dapat melihat semula peraturan tersebut sama ada ia baik untuk UMNO atau tidak supaya perkara sama tidak timbul di masa akan datang. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/UMNO_2013/20131006/um_14/Wujud-kekangan-tetapi-tidak-sempat-diubah---Isa#ixzz2gwO4Drpd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment