Popular Posts

Sunday 13 October 2013

UMNO lalui ujian kendali pemilihan dengan cemerlang-Najib


Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul.Jangan ingat mudah hendak kendali pemilihan UMNO dibawah sistem UMNO yang libatkan ribuan ahli.Itu mesej Datuk Seri Najib Tun Razak setelah selesainya pemilihan sayap Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Sabtu.
Bercakap dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra  pada lewat malam beliau menegaskan UMNO telah melalui ujian itu dengan cemerlang sekali.
"Setakat ini laporan yang telah diterima meskipun ada sedikit masalah, tetapi umumnya saya boleh katakan bahawa parti UMNO telah melalui ujian ini dengan begitu cemerlang sekali," kata beliau.
 Najib berkata, walaupun pemilihan kali ini sangat mencabar, ianya berbaloi kerana UMNO kini mendahului proses demokrasi pemilihan paling terbuka dan mampu menjadi model kepada parti-parti lain.
Untuk mengambarkan bagaimana rumitnya untuk kendalikan pemilihan peringkat sayap sahaja seramai 20,000 sukarelawan digunakan manakala jumlah calon dari pimpinan pusat ketiga-tiga sayap sampai ke bahagian ialah seramai 33,012 orang.
Beliau menyifatkan hasrat menjadikan UMNO sebuah parti yang benar-benar menunjangi demokrasi tercapai melalui proses pemilihan lebih terbuka bagi sayap parti seperti yang berlangsung Sabtu.
katanya ia membuktikan keputusan meminda perlembagaan Umno pada 2009 adalah tepat dan diterima
"Sabtu malam merupakan malam bersejarah untuk Umno...perjalanan untuk lakukan transformasi pada parti bermula pada perhimpunan agung 2009, di mana kita meminda perlembagaan.
"Ini supaya Umno menjadi sebuah parti bersifat demokrasi terbuka, dan hari ini (Sabtu), Alhamdulillah terbukti bahawa keputusan itu amat tepat dan kena pada masanya," katanya.
Menurut Najib, beliau mengambil ketetapan untuk tidak campurtangan urusan pemilihan parti dan segala keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Tajol Rosli.
"Jadi dengan ini, kita tidak ada apa-apa yang boleh mengelirukan ataupun keputusannya bercanggah.

"Maknanya pusat (pemilihan) satu sahaja iaitu jawatankuasa pemilihan dan ibu pejabat UMNO yang membuat keputusan dalam pemilihan pada kali ini," ujar beliau.
Menurut Najib, proses pemilihan kali ini akan dijadikan panduan dan segala kekurangan berkaitannya akan diatasi dan diperbaiki untuk pemilihan akan datang.
Ditanya mengenai politik wang, Najib menegaskan ianya tidak semestinya memainkan peranan dalam pemilihan kali ini.

Najib sebelum itu mendengar taklimat perjalanan pemilihan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di peringkat bahagian dan pusat, di PWTC.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.
Sementara itu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat hari ini dapat melihat UMNO telah menempa sejarah dalam sistem pemilihan parti yang baharu.
Katanya, sistem "electoral college" di mana satu bahagian memiliki satu undi lebih mencerminkan pandangan ahli secara menyeluruh.
Dan ini, katanya, secara langsung menunjukkan UMNO bukan lagi sekadar kuasa di tangan segelintir perwakilan.
Saya percaya UMNO menjadi pengorak trend. Transformasi ini benar-benar meremajakan UMNO. Parti lain dilihat kuno dan ketinggalan," katanya kepada Bernama TV.

No comments:

Post a Comment