Popular Posts

Tuesday 8 October 2013

3,000 rumah mampu milik dibina di kawasan Wisma Felda



 Felda merancang membina sekurang-kurangnya 3,000 unit rumah mampu milik dalam kawasan yang menempatkan ibu pejabatnya, Wisma Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur awal tahun depan.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, separuh daripada perumahan itu akan diutamakan untuk anak peneroka yang bekerja di sekitar ibu kota sementara 1,500 unit lagi bagi mereka yang layak.
"Harga rumah akan ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Transformasi Komuniti Felda Di Hati Bersama Peneroka Felda di Teloi Kanan, dekat sini hari ini.
"Pelan pembangunan projek itu sedang dalam tindakan dan pembinaan akan dimulakan secepatnya awal tahun depan," katanya.
Terdahulu ketika berucap dalam majlis berkenaan, Mohd. Isa berkata, kepimpinan Felda di semua peringkat perlu sentiasa mengadakan perjumpaan menjelaskan isu semasa kepada peneroka termasuk isu pengurangan subsidi minyak yang diuar-uar pembangkang ketika ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131007/dn_29/3,000-rumah-mampu-milik-dibina-di-kawasan-Wisma-Felda#ixzz2h7w4ggiF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment