Popular Posts

Saturday 5 October 2013

Sikap berpuak boleh hancurkan UMNO

 Pertandingan secara berpasukan dalam pemilihan UMNO tahun ini dikhuatiri menimbulkan gejala perpecahan di dalam parti.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sikap berpuak-puak dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO boleh menyebabkan parti menjadi hancur.
"Saya tidak berminat bertanding secara berpasukan dan percaya ahli UMNO boleh fikir perkara ini.
"Kalau berpuak-puak nanti jadi macam dahulu, akhirnya berpecah dan parti jadi hancur," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya untuk jawatan Naib Presiden kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Berhubung pencalonannya, beliau yakin berupaya menyumbang secara produktif kepada parti dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 sekiranya diberi kepercayaan oleh perwakilan.
Menurut Mohd. Isa, pengalaman dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk membantu menguruskan UMNO.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130922/po_04/Sikap-berpuak-boleh-hancurkan-UMNO#ixzz2grPIjMCm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment