Popular Posts

Sunday, 22 September 2013

Felda lancar Apartmen Grand Plaza di London


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Felda Investment Corp (FIC) UK Properties telah membuka secara rasmi Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza, satu aset London yang dibeli pada 4 September lepas pada harga 98 juta pound (RM495.88 juta).

“Apartmen berperkhidmatan itu disenaraikan pada tempat pertama dalam carian Google, dan urusan sewaan apartmen tersebut dilakukan 75 peratus secara dalam talian," kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dihantar dari London, semalam.

Ia dilancarkan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, baru-baru ini.

Mohd. Isa berkata, apartmen berperkhidmatan itu dilengkapkan dengan kemudahan memasak dan mencuci, sesuai untuk penginapan jangka panjang.

Memandangkan ia dimiliki FIC, semua makanan yang disediakan di Grand Plaza Bistro yang menghidangkan sarapan pagi Inggeris adalah halal, tambah beliau.

Residential Land telah menjual apartmen yang berstatus hak milik kekal, kepada FIC UK Properties, sebuah anak syarikat Felda.

Grand Plaza adalah salah satu bangunan apartmen berperkhidmatan terbesar di London dengan 198 apartmen di 13 bangunan dengan jumlah keluasan 105,044 kaki persegi.

Berita TV3

Berita TV3

Pertandingan enam penjuru bukan luar biasa tapi saingan yg sangat hebat.............



Hishammuddin  menyifatkan pertandingan enam penjuru untuk jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya pada pemilihan parti bulan depan bukanlah sesuatu yang unik atau luar biasa.
Beliau berkata perkara itu juga bukanlah sesuatu yang mengejutkannya kerana semasa menyuarakan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu, beliau sudah mendengar desas-desus bahawa ramai yang mahu bertanding jawatan itu.
"Bagi saya kalau pertandingan itu secara sihat dan bersandarkan kepada kekuatan yang ada pada setiap calon, saya rasa kelak apabila pemilihan ini berakhir, parti akan lebih kuat.
"Tetapi jika budaya politik negatif menjadi amalan ketika bertanding, parti akan rosak, bukannya nama calon berkenaan," katanya 
Selain tiga penyandang itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menyerahkan borang pencalonan mereka semalam untuk persaingan jawatan naib presiden. - BERNAMA

Tapi bagi saya Isa Samad yang Paling Layak Jika semua Mahu Perubahan Dalam Meningkatkan Parti Umno Dan Menaikkan Lagi Bangsa Melayu...........Go.Go,GO,isa samad world...................................

Saturday, 21 September 2013

Piala Malaysia- Perak dibaham Sarawak


Pelbagai kejutan dan drama berlaku pada saingan terakhir perlawanan Piala Malaysia dengan juara Liga Perdana, Sarawak meraih tumpuan apabila membelasah Perak 6-1 di Stadium Negeri, Kuching bagi mengetuai enam pasukan lain menempah slot ke suku akhir selain PKNS yang telah melayakkan diri lebih awal.
Selain Sarawak, Pahang yang sudah bagaikan tersingkir pada satu ketika bernasib baik layak ke suku akhir hasil bantuan pasukan jiran, Terengganu yang mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman walaupun Tok Gajah dibelasah 4-0 oleh juara musim lalu, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Johor Darul Takzim (Johor DT) juga mara ke suku akhir meskipun dimalukan 0-2 di kandang sendiri oleh PKNS sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sime Darby mencukupkan senarai lapan pasukan terbaik yang akan meneruskan perjuangan memburu piala berprestij bola sepak negara musim ini.
Carta saingan suku akhir akan memperlihatkan ulangan perlawanan akhir Piala FA apabila Kelantan akan bertemu Johor DT sementara ATM akan bertembung Lions XII, lain-lain saingan pula Sarawak menentang Sime Darby dan PKNS berdepan Pahang.
Sebaik wisel perlawanan dibunyikan, di hadapan 30,000 penonton, Sarawak tidak menunggu lama untuk mengganas apabila pertahanan Perak, Khairi Kiman tertanduk ke dalam gawang sendiri dan penyerang berbisa, Bobby Gonzales menggandakan kelebihan seminit kemudian sebelum Yong Kuong Yong cuba meniupkan api perjuangan pasukan Perak apabila merapatkan jurang pada minit ke-22.
Namun, kegarangan Sarawak ternyata sukar disekat lagi apabila Muamer Salibasic meledak hatrik pada minit ke-43, 59 dan 72 dengan satu lagi jaringan disumbangkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke-56 sekali gus menempah pertemuan dengan Sime Darby di suku akhir, 28 September ini.
Juara Liga Super, Lions XII juga penuh bergaya membenam Kedah, 3-1 di Stadium Darul Aman hasil jaringan Hariss Harun (minit ke-24), Baihakki Khaizan (minit ke-38) dan Muhammad Hafiz Abu Sujad (minit ke-65) untuk Lions XII sementara gol sagu hati skuad Kenari dijaringkan Alen Guc pada minit ke-44.
Negeri Sembilan seperti melepaskan rezeki yang terhidang di Paroi apabila jaringan pada minit ke-87 oleh Ashari Samsudin membunuh segala harapan skuad Hoben Jang Hoben walaupun mereka telah mendahului 2-1 sebelum itu menerusi Fabio Leandro Barbosa pada minit ke-19 dan Nazrin Nawi pada minit ke-70, memadamkan kelebihan awal pelawat menerusi Effa Emmanuel Owona.
Dickson Nwakaeme juga tidak ketinggalan menunjukkan belangnya yang tersendiri apabila meledak jaringan hatrik di Kota Bharu untuk menang 4-0 ke atas Pahang dengan semua gol pada babak kedua iaitu pada minit ke-66, 83 dan 89 manakala satu lagi jaringan datang daripada Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-19, namun kedua-dua pasukan Pantai Timur itu tetap melangkah ke suku akhir.
Pasukan berstatus kelab, PKNS melaungkan amaran awal kepada semua pencabar Piala Malaysia musim ini apabila mencatat kemenangan kelima dalam enam perlawanan dengan Johor DT terus tunduk kepada kehebatan kepada skuad Red Ants di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin hasil jaringan Reeshafiq Alwi pada minit ke-18 dan Roman Chmelo pada minit ke-64.
Kekalahan Johor DT itu bagaimanapun masih belum cukup buat T-Team sekali pun menang 2-1 mengatasi Felda United melalui jaringan Ahmad Syamin Yahaya pada minit ke-21 dan 61 sementara gol tunggal dicipta Mohd. Kamal pada minit ke-86 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu biarpun terikat sama mata dengan Harimau Selatan kerana perbezaan gol yang terlalu jauh.
Sementara itu, gol awal pada minit ke-3 oleh Amiridzwan Taj tidak cukup memberikan kemenangan kepada Gladiators apabila Sime Darby menerusi Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-35 membuatkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Selangor akhirnya mengecapi kemenangan pada saingan Piala Malaysia apabila menang 2-1 mengatasi Johor di Stadium Shah Alam, namun sudah tidak memberikan sebarang makna


Sikap berpuak boleh hancurkan UMNO


KUALA LUMPUR 21 Sept. - Pertandingan secara berpasukan dalam pemilihan UMNO tahun ini dikhuatiri menimbulkan gejala perpecahan di dalam parti.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sikap berpuak-puak dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO boleh menyebabkan parti menjadi hancur.

"Saya tidak berminat bertanding secara berpasukan dan percaya ahli UMNO boleh fikir perkara ini.

"Kalau berpuak-puak nanti jadi macam dahulu, akhirnya berpecah dan parti jadi hancur," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya untuk jawatan Naib Presiden kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Berhubung pencalonannya, beliau yakin berupaya menyumbang secara produktif kepada parti dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 sekiranya diberi kepercayaan oleh perwakilan.

Menurut Mohd. Isa, pengalaman dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk membantu menguruskan UMNO.

Utusan Malaysia

PELANCARAN GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS BAYSWATER LONDON

Alhamdulillah,pelancaran Grand Plaza Serviced Apartments Bayswater London telah disempurnakan pada 18 September 2013.Kini kita pula 'menjajah' British.Dalam erti kata lain, Malaysia mempunyai aset di sini. Kebanggaan ini harus dikongsi bersama rakyat.

Naib Presiden UMNO sah ditandingi enam calon



KUALA LUMPUR 21 Sept. - Enam calon sah bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan bulan depan selepas tempoh penyerahan borang pencalonan tamat pukul 5 petang tadi.
Mereka ialah ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, serta Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir; dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. - UTUSAN ONLINE
Walau bagaimanapun saya tetap menyokong Tan Sri Mohd.Isa Abdul Samad Kerana Beliau Pemimpin Berjiwa Rakyat..............Go,Go,Go Isa,Isa,Anda Calon Yg Paling Sesuai


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130921/po_89/Naib-Presiden-UMNO-sah-ditandingi-enam-calon#ixzz2fXqv3b3u
© Utusan Melayu (M) Bhd