Popular Posts

Saturday, 5 October 2013

Sikap berpuak boleh hancurkan UMNO

 Pertandingan secara berpasukan dalam pemilihan UMNO tahun ini dikhuatiri menimbulkan gejala perpecahan di dalam parti.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sikap berpuak-puak dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO boleh menyebabkan parti menjadi hancur.
"Saya tidak berminat bertanding secara berpasukan dan percaya ahli UMNO boleh fikir perkara ini.
"Kalau berpuak-puak nanti jadi macam dahulu, akhirnya berpecah dan parti jadi hancur," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya untuk jawatan Naib Presiden kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Berhubung pencalonannya, beliau yakin berupaya menyumbang secara produktif kepada parti dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 sekiranya diberi kepercayaan oleh perwakilan.
Menurut Mohd. Isa, pengalaman dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk membantu menguruskan UMNO.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130922/po_04/Sikap-berpuak-boleh-hancurkan-UMNO#ixzz2grPIjMCm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerjasama Pas-UMNO bersatu bukan mustahil, banyak titik persamaan



Hasrat melihat UMNO dan Pas bekerjasama atau bersatu bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu mempunyai lebih banyak titik persamaan daripada perbezaan.
Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, selain kedua-dua parti dominan orang Melayu itu pernah bersama suatu ketika dahulu, ahli-ahli UMNO dan Pas juga adalah beragama Islam.
Katanya, kerajaan memerintah yang ditunjangi UMNO juga melaksanakan kerja-kerja Islam yang diperjuang Pas dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ilmu pengetahuan, ekonomi, perbankan, syariah, undang-undang, keluarga dan sebagainya.
"Memanglah dua entiti politik berbeza ada persamaan dan perbezaan. Namun, titik perbezaan itu harus disantuni dengan sabar dan hemah yang tinggi supaya akhirnya kita dapati titik pertemuan lebih banyak daripada titik perbezaan.
"Jadi, UMNO dan Pas perlu mencari titik persamaan untuk menimbulkan penyatuan ummah di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Seminar Perpaduan Ummah Dalam Peradaban Malaysia di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini.
Sidek merupakan antara tiga ahli panel dalam seminar bahagian kedua yang bertajuk Penyatuan Ummah Dalam Konteks Perlembagaan, Bahasa Budaya dan Pendidikan anjuran Institut Peradaban UPSI dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena).
Dua lagi ahli panel ialah Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya MPN, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan.
Sidek yang juga Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dan UMNO adalah lebih baik kerana kedua-dua parti tidak menolak Islam.
"Mana lebih baik, melakukan tahaluf siyasi dengan UMNO atau dengan orang menolak Islam sebagai asas kenegaraan dan syariah serta mereka yang menganjurkan pluralisme agama dan menyarankan supaya kalimah Allah sama dengan trinity?
"UMNO dan kerajaan yang ada tidak melakukan begitu. Jadi, nampaknya Pas dan UMNO ada lebih banyak titik persamaan daripada perbezaan," ujarnya.
Terdahulu, ketika berucap dalam seminar tersebut, beliau berkata, antara penghalang kepada kesatuan ummah di negara ini ialah sikap pemimpin yang mempunyai ego terlalu tinggi sehingga merasakan diri mereka maksum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131003/po_01/Kerjasama-Pas-UMNO-bersatu-bukan-mustahil-banyak-titik-persamaan#ixzz2gpSKY86N
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 4 October 2013

Lawak Santai (Zahid Kritik Wartawan Malaysiakini)

Zahid Pulang Paku Buah Keras! "U REPORTER MANA????"

Terkedu Malaysiakini dikritik secara terbuka oleh Dato Seri Zahid Hamidi, selepas ini wajar lah wartawan wartawan khususnya dari plot pembangkang mengambil iktibar dengan apa yang telah dilontarkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri ini.




Adakah Zahid dengan senaja memalukan wartawan tersebut? Cara percakapan Zahid secara umumnya merujuk kepada Editor Malaysiakini dan bukannya kepada wartawan tersebut. Nilai balik apa yang  wartawan pro pembangkang yang kerap kali spin (putar belit) fakta yang diberikan oleh siapa jua yang ditemuramah mereka terutama melibatkan pemimpin kerajaan. MEMALUKAN?! Ala...Biasa menipu tak malu pulak?!

Wawancara ini adalah jawapan kepada isu Audit Negara Malaysia yang menyenaraikan sejumlah kos peralatan PDRM yang melibatkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang dikatakan hilang.


                                          Kelakar la klau nak tnya,tnya elok2,ni tanya tlis lain
                                                        skrang ni amik kau hax3..........                            
                                        Macam biasa jek aku dengan dialog ini koh koh koh :3

Pemilihan Umno: Sesi Pengenalan Calon Perlu Ada Penambahbaikan


Beberapa pemimpin Umno yang bertanding bagi beberapa jawatan termasuk Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti 19 Oktober ini mahu beberapa penambahbaikan dilakukan dalam sesi pengenalan calon.
Sambil menyifatkannya sebagai platform yang baik dan wajar digunakan sepenuhnya, mereka berkata penambahbaikan itu perlu bagi membolehkan mereka mengatur jadual untuk bertemu perwakilan.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden Umno berkata sesi pengenalan ini sangat berguna tetapi jadual sesi pengenalan begitu padat dengan tiga negeri setiap hari menyebabkan pemimpin serta perwakilan berdepan kekangan masa untuk menghadirinya.
"Sambil kita buat peraturan ini (tidak dibenarkan berucap kepada perwakilan)dengan niat untuk mengelak gejala yang tidak diingini, dalam masa yang sama jangan sesekali mengekang peluang calon baharu untuk berjumpa dengan perwakilan, mesti ada imbangan dalam dua perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi pengenalan calon di Stadium Indera Mulia di sini, Jumaat.
Presiden Majlis Belia 4B Malaysia Mua'amar Ghadafi Jamaluddin yang sependapat dengan Mukhriz berkata ruang penambahbaikan perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada mereka yang menawarkan diri bertanding pada masa depan bertemu perwakilan.
Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda berkata penambahbaikan itu perlu disesuaikan dengan usaha Umno yang sedang melaksanakan transformasi dalam pelbagai aspek termasuk pada pemilihan parti.
"Perlu ada ruang untuk penambahbaikan, supaya ada ruang yang lebih luas buat mereka yang menawarkan diri bertanding untuk berjumpa serta menyatakan hasrat mereka kepada para perwakilan pada masa depan," katanya.
Selepas sesi pengenalan di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan pada hari ini, sesi berikutnya diadakan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, Ahad ini.BERNAMA

Thursday, 3 October 2013

Lagi gulai beracun2 71 pelajar SM Sains Tapah, Perak, sakit perut, muntah selepas makan ayam masak kurma

Tidak sampai seminggu empat orang meninggal dunia akibat memakan ayam masak merah di Kedah, dua lagi kes keracunan makanan dilaporkan di Perak dan Pulau Pinang, malam kelmarin.
Di Perak, 271 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah di sini, termasuk 26 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan.

Semua mereka berusia 13 hingga 17 tahun mengalami cirit-birit, pening dan muntah selepas dipercayai makan ayam masak kurma yang disediakan di asrama sekolah itu, malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata 67 pelajar yang mengalami cirit-birit dan muntah dibawa ke Hospital Tapah (HT) sejak jam 9 pagi semalam dan selebihnya ke Klinik Kesihatan Jalan Damai.
Mah Hang Soon

Bersatu jayakan transformasi


 Warga Felda perlu komited dan bersatu menyokong program transformasi kerajaan bagi meletakkan negara pada landasan kukuh dalam mendepani cabaran global.
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi program transformasi itu tidak lain bagi mengangkat martabat rakyat pada kedudukan lebih baik.
"Oleh itu, warga Felda perlu memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan meletakkan kepentingan organisasi dan masyarakat bagi menjamin kelangsungan transformasi kerajaan," katanya.
Ismail berkata demikian ketika berucap pada Program Transformasi Komuniti Felda Di Hati bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 21 di sini kelmarin.
Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Saari Din dan Timbalan Pengerusi Felda JKKR Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar.
Menurut beliau, warga Felda merupakan kelompok masyarakat Melayu yang berperanan penting dalam menjayakan program dan agenda kerajaan.
Tegasnya, tambahan pula warga Felda dan penduduk kampung tradisonal adalah teras pembentukan kerajaan yang kukuh.
''Kerajaan sangat menghargai sumbangan dan sokongan warga Felda terhadap Barisan Nasional (BN) sekali gus berjaya menghalang pembangkang daripada memecahbelahkan perpaduan warga Felda," katanya.
Ismail seterusnya mengingatkan warga Felda berwaspada dengan gerakan pembangkang yang berterusan memburuk-burukkan Felda dan pemimpin kerajaan.
Jelasnya, pembangkang akan berusaha dengan tujuan untuk menimbulkan rasa marah dan sangsi terhadap kewibawaan dan keupayaan kerajaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130925/wp_01/Bersatu-jayakan-transformasi#ixzz2geDqdELi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 2 October 2013

Zizan Razak Nafi Masam Muka Dengan Johan


Pelawak dan pelakon Zizan Razak menafikan mempunyai masalah dalaman ataupun bermasam muka dengan pasangan gandingannya dalam kumpulan Jozan iaitu Johan.
Namun, Zizan, 29, mengakui agak sukar berjumpa dengan rakannya itu kerana kedua-dua mereka mempunyai komitmen kerja masing-masing.
“Kami tiada apa-apa masalah cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja, waktu kerja pula berbeza, kebiasaannya masa dia tidur, saya baru bangun.
“Tapi kami sering berhubung dan bertanya perkembangan cuma akhir-akhir ini mungkin kurang digandingkan di televisyen,” katanya kepada mStar Online.
Zizan berkata demikian ketika ditanya tentang khabar angin kononnya dia dan Johan sukar untuk ditemukan.
Bagaimanapun, Zizan berkata, dia sering mencari kesempatan untuk bertemu dengan Johan di studio radio jika mempunyai tugasan di Astro.
“Kalau ada promosi di radio atau televisyen di Astro saya akan ambil kesempatan untuk bertemu dia.
“Saya sanggup tukar masa tidur saya untuk datang bertemu dia terlebih dahulu,” katanya.
-mStar