Popular Posts

Wednesday, 25 September 2013

Tiada masalah bekerjasama - Isa


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, beliau tiada masalah untuk bekerjasama dengan Naib-Naib Presiden UMNO yang lain sama ada terpilih atau tidak pada pemilihan parti Oktober ini.
Kata beliau, komitmennya sudah terbukti dengan berdasarkan rekodnya terdahulu apabila beliau tetap bekerja dan berkhidmat untuk parti walaupun digantung dan tidak memegang sebarang jawatan.
"Keenam-enam calon yang menawar diri (Naib Presiden UMNO) semuanya ada pengalaman dan saya percaya para perwakilan akan membuat penilaian siapa yang akan menguruskan parti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mohd. Isa berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap kerjasama antara beliau dan dua lagi Naib Presiden UMNO sekiranya menang dalam perebutan jawatan ketiga tertinggi parti itu.
Mohd. Isa berkata, semua calon sebenarnya mengenali antara satu sama lain dan hanya perwakilan sahaja yang akan menentukan mana-mana pemimpin untuk membantu pucuk pimpinan mengukuhkan lagi parti.


Tuesday, 24 September 2013

AKAR UMBI MENYOKONG ISA SAMAD

Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad kini berjaya mendapat sokongan dari akar umbi di segenap pelusok negara. Perkara ini jelas membuktikan mereka masih memerlukan pemimpin berjiwa rakyat yang mana mudah mesra dan mampu mengggalas tugas besar.
Namun Isa sentiasa dengan sikap beliau yang dahulu,di dalam facebook Tan Sri Isa Samad juga telah mencecah 5,000 orang dan mula beralih kepada Fan Page Tan Sri Isa Samad.
Rata rata mereka yang menyokongnya pada pemilihan dahulu kini mula kembali bersemangat untuk memberi sokongan yang padu.
Isa Samad pula dengan sikap gentlemannya sentiasa bersikap terbuka di dalam pemilihan ini.Walaupun penyandang Naib Presiden telah bersikap sekata,Mukhriz dan Ali Rustam pula nerupakan satu pasukan..
Walau apa pun mereka semua yang bertanding mempunyai rekod masing - masing , samada pewakilan perasan atau tidak, Isa Samad adalah pemimpin lama di dalam parti UMNO.Beliau telah masak dalam semua masaalah dalaman parti.Isa tidak pernah melenting dan juga bergaduh sesama pemimpin, dan beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada parti dan di saat UMNO lemah, Isa Samad juga orangnya yang kembali memberi nafas kepada UMNO.
Sukar untuk dikatakan, tidak ada ayat yang mempu mengurai Isa Samad jika anda tidak mengenalinya secara peribadi baik dari sifat ataupun kemampuan serta ketahanan berpolitik.

Monday, 23 September 2013

Lagu UMNO

Felda bina 126 Dewan Semai Bakti


KUALA KRAU 23 Sept. - Sebanyak 126 buah Dewan Semai Bakti dibina di 11 Wilayah Felda sebagai usaha berterusan Felda memberi keselesaan kepada warga tanah rancangan di seluruh negara.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, dengan adanya Dewan Semai Bakti warga Felda mempunyai kemudahan menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, perjumpaan dan sebagainya.
Menurutnya, selain itu, kekerapan aktiviti di Dewan Semai Bakti menjadi salah satu usaha mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga Felda sekali gus dapat mengelak terdedah dengan tohmahan pembangkang.
“Dewan Semai Bakti dibina dalam dua jenis iaitu jenis A yang bernilai lebih RM800,000 dan jenis B bernilai lebih RM600,000 sebagai dewan serba guna penduduk menjalankan aktiviti sosial, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.
“Ini usaha berterusan Felda untuk memberi keselesaan dan kemajuan kepada warga Felda yang menjadi penyokong kuat kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Transformasi Komuniti Felda Di Hati bersama Pengerusi Felda dan perasmian Dewan Semai Bakti Felda Jengka 21, di sini semalam.
Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Saari Din dan Timbalan Pengerusi JKKR Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar.
Mohd. Isa menambah, hubungan silaturahim antara warga Felda perlu dipererat berikutan pembangkang masih tidak berputus asa memburuk-burukkan Felda dan pemimpin kerajaan.
Menurut beliau, fitnah pembangkang sebelum pilihan raya umum lalu seperti menggembar-gemburkan Felda akan bankrap berikutan penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) ternyata tidak benar.
Tambah beliau, walaupun pembangkang tiada isu besar selepas pilihan raya umum lalu untuk mempengaruhi peneroka namun warga Felda perlu berwaspada dengan dakyah yang disebar pembangkang.

Lima maut dalam letupan bom di barat daya Pakistan

23/09/2013 11:36pm


QUETTA - Letupan bom yang disasarkan kumpulan al-Qaeda terhadap pihak polis telah membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan lima yang lain di kawasan barat daya Pakistan.
Kejadian tersebut berlaku di daerah Pishin, iaitu ibu kota wilayah Baluchistan yang terletak sejauh 40 kilometer (25 batu) dari utara Quetta. Daerah tersebut dikuasai kumpulan pemberontak pemisah dan ektremis Islam.
"Bom tersebut telah diletakkan di bawah van polis dan ia meledak ketika pegawai polis mengadakan rutin pemeriksaan.
"Letupan berkenaan telah mengorbankan lima orang termasuk tiga anggota polis dan dua orang awam," kata Ketua Polis Daerah, Mehboob Rasheed.
Beliau berkata, letupan itu turut mencederakan lima orang termasuk penumpang bas mini di kawasan tersebut. Seorang Pegawai Kanan Pentadbiran Tempatan, Zahid Maqsood telah mengesahkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, pihak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
"Kami menyerang pihak polis di Baluchistan hari ini untuk membalas dendam atas pembunuhan seorang ahli kumpulan ini oleh tentera dalam satu pertempuran baru-baru ini di kawasan barat laut negara ini," kata jurucakap TTP, Shahidullah Shahid kepada AFP melalui telefon dari lokasi yang tidak diketahui.
Baluchistan adalah wilayah yang bersempadan dengan Iran dan Afghanistan yang dipercayai mempunyai rizab minyak dan gas. Namun wilayah itu merupakan salah satu daripada kawasan yang paling tidak stabil di Pakistan dan serangan ke atas polis serta tentera adalah perkara biasa.
Wilayah tersebut juga menjadi tumpuan keganasan yang semakin meningkat terhadap minoriti Syiah Pakistan. Ia juga telah bergolak untuk tempoh masa yang lama akibat warganya yang menginginkan kuasa autonomi dan pemilikan lebih besar daripada hasil minyak serta gas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2fmKQruvq 
Hakcipta terpelihara http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

WANJI MENGHINA SULTAN DI MALAYSIA !!!

ni dia...wanji menghina sultan di malaysia.apa cerita ni ??? wanji ni belajar kat mana ??? kalau tak tahu pasal sultan jangan cerita.pada 17 september yang lalu rakan blogger sebastian phiu mengajukan soalan kepada wanji.anda lihat semua jawapan yang diberikan oleh wanji...ADA LAGI...
 LIHAT GAMBAR DI BAWAH








APA MACAM??? x akan kta nak berdiam je kpada bangsat Negara Ni..........

Gagal Ke Suku Akhir, PAFA Syak Ada Elemen Sabotaj dan Rasuah




Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengesyaki terdapat elemen sabotaj dan rasuah berikutan kegagalan pasukan Perak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia.
Serentak dengan itu, Timbalan Presiden PAFA merangkap pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun mengumumkan penggantungan tugas semua pegawai pasukan, termasuk jurulatih berkuatkuasa selama dua minggu.
Menurut beliau, Jawatankuasa Darurat dan Jawatankuasa Pengurusan pasukan mengesyaki wujud elemen sabotaj dan rasuah, bermula pada empat perlawanan yang lepas di mana kemuncaknya adalah kekalah teruk di tangan Sarawak 6 – 1 di Stadium Kuching.
Beliau berkata, sebuah Jawatankuasa Khas akan diwujudkan dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Saffian dan serta seorang peguam untuk melakukan siasatan terhadap isu ini untuk tempoh dua minggu.
“Kami memandang serius perkara ini, dan jika mendapati ada pegawai dan juga pemain yang bersalah, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sekeras mungkin," katanya pada sidang media di Pejabat PAFA di Ipoh hari ini.
Beliau memberitahu, laporan polis terhadap isu ini sudah dibuat di Balai Polis Sungai Senam tengahari tadi, diikuti laporan kepada SPRM.
“Tindakkan ini diambil dengan persetujuan Setiausaha Agong FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin serta tiga kelab penyokong kuat skuad bola sepak Perak yang berdaftar,” ujarnya.
Berhubung  pergantungan pegawai pasukan, Azwan berkata, pihaknya telah melantik Marshall Sopper dan Sayudin Mat Isa sebagai jurulatih dan pembantu jurulatih sementara pasukan.
“Para pemain perlu melaporkan diri 25 September ini kepada Marshall dan Sayudin untuk menjalani latihan seperti biasa kerana mereka masih tertakluk kepada baki kontrak,”